Halaman

Minggu, 25 September 2011

KALIMAH-KALIMAH BACAAN HIZB SAIFI-1




Terjemahan nya
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani Dan telah berselawat Allah ke atas junjungan kami Muhammad, dan ke atas keluarganya serta sahabatnya, dan telah diberi kesejahteraan
Ya Allah, sesungguhnya aku persembahkan (hadapkan) kepada Mu dihadapan segala nafas dan kelipan pandangan yang telah dipandang denganya oleh segala ahli langit dan ahli (penghuni) bumi, dan segala sesuatu, ia berada dalam ilmu (pengetahuan) Mu, samada yang sedang berada atau pun yang pernah ada (telah sedia), aku persembahkan kepada Mu di depan segalanya itu. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani Ya Allah, Engkaulah Raja (Malik) yang hak (benar) yang nyata (mubin) yang qadim, Yang perkasa (mulia) dengan kebesaran dan ketakburan, yang esa (tunggal),
Terjemahan nya:
dengan kekekalan (baqa'), yang hidup, lagi menguruskan makhluk, yang berkuasa lagi menentukan, yang memaksa lagi kuat perkasa yang tiada tuhan selain Engkau (1-Dibaca surah Al Ihklas 3 x), Engkaulah Tuhanku dan akulah hambaMu, aku telah melakukan kejahatan dan telah menganiyai (menzalimi) diriku dan aku mengaku dengan dosaku, lalu ampunilah akan segala dosa-dosaku, lalu ampunilah akan segala dosa-dosaku seluruhnya. Sesungguhnya tiada siapa yang mengampunkan dosa-dosa kecuali Engkau sahaja. Wahai Tuhan yang Maha mengampuni, wahai Tuhan yang Maha bersyukur, wahai Tuhan yang Maha bijaksana (lemah lembut), wahai Tuhan yang pemurah (Mulia), wahai Tuhan yang kuat kesabarannya, wahai Tuhan yang amat penyayang.
Ya Allah sesungguhnya aku memuji Mu dan Engkaulah yang dipuji (pujian) dan Engkaulah, bagi segala pujian terlebih layak, dan aku berterima kasih kepada Mu, dan Engkau (layak) mendapat terima kasih, dan Engkau bagi terima kasih (syukur) itulah yang paling layak (ahli), terhadap apa yang telah Engkau peruntukan aku dengannya, dari segala anugerah (pemberian) yang digemari, dan Engkau telah peruntukkan aku dengannya, dari segala anugerah (pemberian) yang digemari, dan Engkau telah pertemukan aku (sambungkan aku) dari kelebihan (fadilat) perbuatan, dan Engkau telah berikan kepadaku dari (ihsan) kebaikan (budi baik) Mu, dan Engkau telah tempatkan aku dengannya ….
Terjemahan nya:
dari tempat-tempat yang menempatkan kebenaran disisiMu, dan Engkau telah capaikan aku dengan dari pemberian-pemberian Mu yang bersambung (bertemu) kepadaku dan telah Engkau berbuat baik dengannya kepadaku, tiap waktu dari penolakan bala bencana daripadaku dan pemberian taufik (petunjuk) bagiku, dan perkenan bagi doa-doaku ketika aku menyeru Mu sebagai orang yang berdoa (menyeru) dan aku memanggil-manggil Mu (Munajat) dalam keadaan  gemar (suka), dan aku menyeru Mu dengan rendah diri, dengan kejernihan, tunduk patuh dan ketika aku mengharapkan Engkau sebagai seorang yang mengharap lalu aku mendapati diri Mu lalu aku berlindung dengan Mu, pada semua pelusuk (tempat) seluruhnya, lalu jadilah bagiku dan keluargaku dan sanak saudaraku semuanya sebagai jiran yang hadir, rapat, baik, teman pada semua perkara seluruhnya dalam keadaan melihat (memerhati) dan atas segala seteru (musuh) semuanya sebagai pembantu (penolong) dan bagi segala kesalahan dan dosa-dosa seluruhnya sebagai pengampun, dan bagi segala keaiban (kecacatan) seluruhnya sebagai pelindung.
Aku tidaklah ketiaadaan bantuanMu dan kebaikanMu dan kebajikanMu ….

Terjemahan nya:
dan kemuliaanMu serta ihsan (baik budi/jasa baik) Mu walau sekelip mata pun, semenjak Engkau menurunkan aku (menempatkan aku) di negeri uijian/percubaan ini (dunia) dan (negeri) pemikiran serta perhitungan (pengiraaan) ini, untuk Engkau lihat apa yang aku telah persembahkan untuk negeri yang kekal abadi dan tetap (akhirat) dan (negeri) tempat kediaman bersama-sama orang-orang yang terpilih. Maka aku ini hambaMu, lalu jadilah aku wahai Tuhanku akan orang yang bebaskan (lepaskan) wahai Tuhanku, lepaskanlah aku serta keluarga dan saudara-maraku seluruhnya dari neraka dan dari semua yang memudaratkan (yang membahayakan) yang segala yang menyesatkan dan dari segala bencana dan perkara-perkara yang menimbulkan keaiban (kecelaan) dan timpaan (peristiwa yang menyedihkan) dan dari segala perkara yang pasti akan menimpa serta kerunsingan (kedukaan) yang telah mebuatkan aku bimbang (dihantui kebimbangan) tentangnya, oleh segala kedukaan dengan bentangan-bentangan segala jenis bala dan berbagai jenis kesukaran Qada' (ketentuan Ilahi). Aku tiada ingat (sebut) dari Mu kecuali jasa baik (hok molek jah) dan aku tiada lihat dari Mu kecuali keutamaan (fadilat-fadilat) ….
 
Terjemahan nya:
kebaikanMu bagiku menyeluruh (merangkumi) semua dan perbuatan (baik) Mu bagiku adalah sempurna dan sifat lemah lembut / pengetahuan (yang halus) dari Mu bagiku adalah melimpah dan keutamaanMu terhadapku adalah sentiasa berterusan dan berturut-turut serta nikmatMu bagiku (disisiku) sentiasa berhubung (tak putus-putus) tak pernah mungkir dari sisiku (tak pernah langgar janji), Engkau telah damaikan rasa takut ku (aman/tenteram), dan Engkau telah nyatakan cita-cita ku (tunaikan).
Engkau telah menemaniku dalam perjalananku, dan telah Engkau muliakan aku di kala aku menetap (hadir di negeri). Engkau telah sembuhkan (afiatkan) penyakitku dan Engkau telah sembuhkan penyakit-penyakit kronikku dan Engkau telah perelokkan tempat kembaliku dan kedudukkan ku, dan tidak Engkau jadikan pihak musuh-musuhku mengejekku begitu juga orang-orang yang dengki terhadapku dan Engkau telah membalas lemparan orang-orang yang telah melemparku dengan kejahatan, dan telah Engkau membalas (dengan setimpal) akan kejahatan orang-orang yang memusuhiku. Maka aku memohon Ya Allah, semoga sekarang, Engkau menolak dariku segala tipu daya (perangkap) orang-orang yang hasad dengki dan kekejaman (kezaliman) orang-orang yang kejam/zalim, dan kejahatan orang-orang yang keras kepala. Dan jagalah aku dan keluargaku serta sanak saudaraku …..
Terjemahan nya:
semuanya, di bawah khemah kemuliaanMu wahai Tuhan yang pemurah dari segala yang pemurah. Dan jauhilah antaraku dan musuh-musuhku, seperti Engkau telah menjauhkan antara timur dengan barat, dan sambarlah penglihatan mereka dariku (supaya mereka tak nampak), dengan cahaya kesucian Mu dan pancunglah leher-leher mereka dengan keagungan kemuliaan (kepujian) Mu, dan potonglah tengkok-tengkok mereka dengan amukan-amukan kekerasan Mu, dan musnahkanlah mereka serta lenyapkanlah mereka dengan satu kali lenyapan, seperti mana Engkau telah menolak tipu daya orang-orang yang sangat berhasad dengki dari nabi-nabiMu, dan seperti mana Engkau telah potong leher-leher orang-orang yang gagah berani (gedebe), terhadap orang-orang pilihan Mu (para wali-wali dsb) dan seperti mana Engkau telah sambar penglihatan musuh-musuh dari wali-wali Mu. Dan Engkau telah potong tengkok-tengkok orang-orang yang membesar diri (takbur) terhadap orang-orang yang takwa kepada Mu. Dan telah pun Engkau musnahkan fira'un-fira'un dan Engkau telah melenyapkan para dajjal (orang-orang sangat bohong/penipu) terhadap orang-orang yang telah Engkau pilih (khususkan) mereka (ahli khawas) yang hampir diri mereka dengan Mu serta hamba-hamba Mu yang soleh. …..
Terjemahan nya:
Wahai (Tuhan) yang amat membantu orang-orang yang meminta bantuan, bantulah aku (3x), menghadapi semua musuh-musuh Mu. Maka pujianku buat Mu wahai Tuhanku berhujanan (bercurahan) dan ucapan pujianku keatas Mu sentiasa berterusan, selama-lamanya dari masa ke masa dengan berbagai jenis tasbih (penyucian) dan pemujaan dan berbagai jenis penyucian yang tulus untuk mengingati Mu dan pengagungan dan setulus-tulus pengesaan (tauhid) dan ketulusan penghampiran dan pendekatan  serta penunggalan (pengesaan), permurnian pujian/ pengagungan dengan kepanjangan taabbud (pengabdian) dan bilangan. Engkau tiada dibantu (sesiapa pun) dalam kekuasaan Mu, dan tiada di sekutukan (dikongsi) dalam ketuhanan Mu, dan tiada Engkau diajarkan (diberitahu) bagi Mu suatu hakikat pun, untuk Engkau menjadi sama rata dengan segala yang bersalahan/bermacam-macam. Dan tidak ditentukan …..
 
 
Terjemahan nya:
apabila disekat (ditahan) perkara-perkara lain (dari Mu) di atas keazaman yang bermacam-macam (tonggak yang berbagai) dan tiada dapat segala bayangan keraguan, meredah tabir-tabir (benteng-benteng) yang ghaib untuk menuju kepada Mu. Lalu aku meenganggap Engkau begitu terbatas dalam keagungan/kebesaran Mu. Dan tidak sampai kepada Mu kejauhan hemmah (cita-cita) dan tidak mencapai Mu kedalam kepintaran Mu dan tidak berakhir kepada Mu penglihatan orang yang melihat dalam keagungan jabarut Mu yang terangkat tinggi dari sifat-sifat makhluk oleh sifat-sifat kekuasaan Mu, dan meningkat tinggi dari sebutan (ingatan) orang yang menyebut (mengingat) oleh kebesaran Mu, lalu tiada kurang, apa-apa yang Engkau kehendaki ianya bertambah dan tidak akan bertambah, apa-apa yang Engkau kehendaki ianya berkurangan. Tiada seorang pun yang menyaksi Mu ketika Engkau mencipta makhluk dan tiada saingan mahupun lawan yang datang kepada Mu ketika Engkau mesucikan jiwa-jiwa.
Lemahlah (tumpul) segala lidah untuk menghurai (tafsirkan) ……
 Terjemahan nya:
segala sifat Mu, dan gagallah (tak tergapai) segala akal fikiran dari hakikat pengetahuan Mu, dan sifat Mu. Dan bagaimanakah ia hendak mensifatkan (gambarkan) hakikat sifat Mu wahai tuhan, sedangkan Engkaulah Allah, raja yang paling berkebesaran, gagah perkasa (gedebe), maha suci lagi azali, kekal abadi selamanya , sentiasa dalan keghaiban Engkau sahaja, tiada sekutu bagi Mu, tiada seorang pun di dalamnya selain dari Mu dan tiada Tuhan selain Mu, akan kebingunganlah dalam lautan-lautan keindahan kerajaan (malakut) Mu oleh segala kedalaman aliran pemikiran, dan tunduklah oleh raja-raja kepada kehebatan Mu. Dan menunduk segala muka dengan kehinaan, ketenangan  (kekalahan) kepada keagungan Mu lalu akan terpandulah segala sesuatu kepada kebesaran Mu, dan tunduklah segala tengkuk …..
bersambung............................

Persoalan Mazhab : Mengapa mesti mengikut Mazhab? sambungan....

Bagi orang awam dan orang yang belum layak sebagai seorang mujtahid mutlak, maka adalah jatuh wajib bermazhab mengikut pandangan jumhur ulamak. Umumnya, golongan Ahlu Sunnah Wal Jamaah adalah bebas untuk mengikut mana-mana mazhab yang telah diiktiraf oleh Ahlu Sunnah Wal Jamaah dalam bab beribadat iaitu

1. Mazhab Hanafi
2. Mazhab Maliki
3. Mazhab Syafie
4. Mazhab Hanbali

Terjadinya mazhab dalam Islam adalah kerana setiap kata-kata, perbuatan, dan kehidupan Rasulullah SAW tidak direkodkan ataupun dikitabkan oleh sahabat-sahabat Rasulullah SAW. Seperkara lagi, apabila baginda SAW wafat, bukan semua sahabat yang boleh menjadi rujukan para sahabat lain ketika itu dalam mengambil satu-satu hukum ugama. Mengikut sejarah terdapat sekumpulan sahabat yang boleh berijtihad mengikut ilmu dan pemahaman mereka yang mereka perolehi dari Rasulullah SAW, diantaranya ialah:

1. Khulafa' Ar-Rasyidin - Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Omar, Sayyidina Othman dan Sayyidina Ali.

2. Isteri Rasulullah SAW - Sayyidatina Aisyah RH

3. Beberapa sahabat yang lain seperti Anas bin Malik, Ibnu Omar, Ibnu Abbas, Ibnu Mas'ud dsb.

Ada juga dikalangan sahabat yang kuat menggunakan hukum ra'yi ataupun ijtihad dalam mengeluarkan sesuatu fatwa, dan beliau amat ahli serta mahir dalam penggunaakan hukum ra'yi, dan beliau adalah Ibnu Mas'ud RA. Ibnu Mas'ud RA adalah diantara sahabat kecil yang sebaya dengan sahabat kecil yang lain seperti Ibnu Omar, Ibnu Abbas dan dan nama mereka semuanya adalah Abdullah. Ibnu Mas'ud boleh dikatakan bersama Rasulullah SAW hampir seluruh masa kecil dan remajanya, dan beliau dihantar ke Kufah pada zaman Sayyidina Omar ibnu Khattab (kalau tak silap saya) sebagai wakil governor disana. Maka di Kufah pulalah berkembang ilmu fekah mengikut kaedah-kaedah Ibnu Mas'ud RA, dan susur galur tersebut sampai kepada Imam Abu Hanifah ataupun Abu Nu'man Bin Thabit pengasas Mazhab Hanafi.

Manakala Anas bin Malik RA pula yang menjadi khadam kepada Rasulullah SAW sehingga akhir hayat baginda SAW tinggal di Madinah dan mempunyai seorang khadam yang bernama Nafi', dimana Nafi' ini menjadi guru kepada guru Imam Malik bin Anas, maka disini pula timbul keadah "Hukum yang berdasarkan kepada Adat Ahlu Madinah" yang diasaskan oleh Imam Malik bin Anas. Ini adalah kerana tempoh hidup diantara guru Imam Malik dengan Anas bin Malik RA tidak jauh, malah dikatakan mengikut sejarah Imam Malik sempat berguru pula dengan tabiin.Begitulah juga sejarah-sejarah para sahabat yang lain, yang mana mereka ini bertaburan diserata pelosok dunia mengembangkan syiar Islam kepada sekelian ummah. Umpamanya, mengikut sejarah Ibnu Abbas RA pula bermukim di Mekah Al-Mukarramah sepanjang hayat beliau dan dari situ pula lahirlah ulamak pendiri mazhab iaitu Imam Muhammad bin Idris As-Syafie, atau lebih dikenali sebagai Imam Syafie. Begitu juga dengan sejarah Imam Hanbali.

Kaedah-kaedah yang digunakan oleh para Imam pendiri mazhab sebenarnya bukanlah asing, ianya telah digunakan oleh para sahabat dan tabiin sebelum mereka. Umpamanya dalil berijtihad ataupun hukum ra'yi kesemua imam mazhab mengatakan boleh berijtihad adalah disebabkan mereka bersandar pada satu hadis yang masyhur ketika Rasulullah SAW mengirim Muaz bin Jabal sebagai wakil baginda ke suatu daerah dimana baginda SAW bertanyakan apakah panduan yang beliau akan gunakan ketika bertugas, maka sahut Muaz bin Jabal beliau akan gunakan Quran dan Hadis dan sekiranya tidak terdapat darinya maka beliau akan berijtihad berdasarkan kepada kehendak Al-Quran dan Hadis.

Jika kita selusuri sejarah Imam 4 mazhab, kesemua mereka hafal beribu-ribu buah hadis dan disamping itu pula mereka hafal Al-Quran sejak dari kecil lagi. Mereka pula berguru dengan sekian ramai ulamak-ulamak yang muktabar dizaman mereka dan mereka juga fasih dalam setiap nahu, sarof dan balaghoh dalam bahasa Arab. Jadi bolehlah saya mengatakan mereka telah berjasa besar dalam umat Islam itu sendiri dan memang tidak dapat dinafikan bahawa memang terdapat sedikit khilafiyyah dalam menafsirkan satu-satu hadis diantara imam tersebut, namun perbezaan mereka tidaklah sampai menjadi pertikaian lidah yang menyebabkan berpecahnya umat Islam. Kita lihat sahaja, Daulah Abbasiyyah ketika itu berpegang kepada ajaran Imam Hanafi dimana Qadi Abu Yusof salah seorang anak murid kanan Imam Abu Hanifah menjadi penasihat agama kepada Khalifah Abbasiyyah dan ketika itu pula Imam Syafie dan Maliki masih hidup, dan mereka pula tidak sedikitpun mempertikaikan akan fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh mazhab Hanafi, sebab mereka juga maklum akan kaedah-kaedah yang digunakan oleh mazhab Hanafi, dimana ianya juga menjadi sebab bagi Imam Syafie untuk keluar merantau ke Kufah dari Madinah untuk mempelajari akan kaedah ra'yi tersebut. Tambahan pula, ketika Imam Syafie menjadi imam kepada pengikut-pengikut Imam Hanafi di Kufah, beliau tidak membawakan bacaan Qunut ketika sembahyang subuh kerana menghormati akan pandangan Imam Hanafi, dan apabila Imam Syafie pulang ke kampungnya beliau pula membacakan Qunut pada pengikut-pengikut beliau ketika sembahyang Subuh.

Mengikut satu riwayat Imam Malik pernah ditanyakan oleh Khalifah Harun Ar-Rasyid, agar diselaraskan kesemua negeri-negeri Islam mengikut pandangan Imam Malik bin Anas, namun ianya tidak persetujui oleh beliau kerana menurut beliau ianya akan menyebabkan kesukaran kepada umat Islam sekiranya hanya menerimapakai pandangan beliau sahaja.

Apabila umat Islam semakin meluas, maka pemahaman terhadap Islam itu menjadi bermacam-macam, maka kita seharusnya merasa bersyukur bahawa dengan wujudnya Imam 4 mazhab tadi sedikit sebanyak telah memudahkan kita dalam urusan ibadat seharian. Jika tidak, kita terpaksa membuka kitab Al-Quran dan Hadis yang dalam berbahasa Arab, yang mana kemungkinan besar kita tidak akan dapat mendapat akan maksud pengertian yang sebenar, dan dikhuatiri akan terpesong dari maksud ayat yang sebenar, ini akan menjadi lebih bahaya. Tidak semua orang tahu akan ilmu mustalah hadis, tidak semua pula arif akan jenis-jenis ayat dalam Al-Quran, dan bermacam-macam lagi. Jika perkara ini dibiarkan, maka kita akan dapati dengan mudah dalam satu rumah orang-orang akan berwuduk dengan pelbagai cara dan fesyen, dan masing-masing akan berkata bahawa dialah lebih faham akan maksud Quran dan hadis, kita akan dapati pelbagai cara orang bayar zakat, pelbagai cara orang berkahwin, kahwin mutaah dibenarkan, dan bermacam-macam ragam ibadat yang bakal dilakukan oleh manusia. Yang inilah yang amat dikhuatiri oleh ulamak-ulamak dahulu ketika mereka berperang dengan golongan yang anti-mazhab ataupun la-mazhabiyyah. Penghujungya, umat Islam dalam satu keluarga pun akan bergaduh sesama sendiri. Kita sendiri boleh bayangkan keadaan begitu apabila semua orang boleh menafsirkan Quran dan Hadis dengan cara sendiri.

Kita sepatutnya maklum bahawa setiap perbahasan mengenai ibadat sudah pun ada keputusannya dalam mazhab yang empat, jadi terpulanglah kita nak mengikut yang mana. Sekiranya kita tak suka kepada Qunut, dan rasa susah untuk mengamalkannya kita boleh ikut mazhab Hanafi ataupun Hanbali. Akan tetapi janganlan ambil bab Qunut sahaja, sekiranya kita memilih Hanbali disebabkan kita yakin bahawa pendapat Imam Hanbalilah lebih bagus dari Imam Syafie dlaam bab Qunut, maka kita wajib untuk ikut keseluruhan cara ibadat mazhab Hanbali, bermula dari bab taharahnya sehinggalah pada bab batalnya, begitu juga yang lain. Jangan buat ikut sedap hati, mana terasa nak pakai, kita petik pandangan mereka mengikut kesesuaian hawa nafsu kita, sesudah itu kita canangkan ianya mengikut Quran dan Hadis. Ini satu pendapat yang melampaui batas, dan tidak wajar untuk diterima.

Kita lihat pula dikalangan orang Melayu di Nusantara baik di Malaysia, Indonesia, Brunei, Patani, dan di Mindanao sebab musabab mazhab Syafie lebih diterima dan ianya pula dikembangkan oleh ulamak-ulamak Syafiyyah yang terdiri dari kalangan ulamak-ulamak Arab dari Hadramaut, Gujarat, dan malah dikalangan bangsa Melayu itu sendiri. Umat Melayu ini jika dikaji latarbelakang mereka, adalah satu golongan yang amat patuh dalam beragama. Mereka akan cuba sedaya upaya untuk menjadi seorang muslim yang taat beragama, maka disitulah kenapa mazhab Syafie lebih diterima, kerana mengikut keterangan Ibnu Batutah seorang pengembara Islam yang sempat singgah disebuah negeri Melayu, beliau menyatakan bahawa beliau sempat bertemu dengan seorang raja yang adil lagi amat alim dalam mazhab Syafie. Mengikut kajian saya pula, mazhab Syafie adalah halus, dan setiap isu dan permasalahan telah diperbincangkan dengan lebih mendalam oleh ulamak-ulamak pendokong Syafieyyah seperti Imam Nawawi, Imam Ghazali dan sebagainya. Bangsa Melayu pada masa dahulu amat berminat dalam ilmu-ilmu kerohanian yang ketika itu banyak dipelopori oleh Imam Ghazali, yang mana Imam Ghazali juga dalah seorang imam besar tasauf yang bermazhab Syafieyyah, jadi secara tidak langsung mazhab Syafie semakin kuat berakar umbi dikalangan bangsa Melayu diNusantara. Setiap permasalahan seperti tahlil, wirid, doa dan sebagainya semuanya telah ada jawapan sebenarnya dalam mazhab Syafie. Ok kat mana pula yang dikata pintu ijtihad masih terbuka, sedangkan ada golongan yang mengatakan dengan bertaqlid buta pada mazhab akan menyebabkan kemunduran umat. Ini juga satu pendapat yang salah, bagi orang yang tidak belajar sunnah dan quran.

Pintu ijtihad masih terbuka sebenarnya, akan tetapi bagi perkara-perkara baru yang mungkin tidak diperbincangkan oleh ulamak-ulamak dalam mazhab kita, umpamanya isu dadah, isu kereta, memiliki komputer dan TV dan sebagainya, maka ianya adalah terbuka seluas-luasnya untuk ulamak-ulamak berbincang dengan penuh tawaduk untuk mendapatkan satu kata putus yang mana ianya boleh memberi kemudahan dan kebaikan kepada semua ummah... 

pendapat : kripnonite
hari jumaat lepas saya telah mengikuti kuliah agama yg disampaikan oleh seorang tuan guru yg dihormati di kampung saya.masalah timbul apabila beliau dgn tegas menyatakan beliau mengikut mazhab syafie TETAPI TIDAK MENGIKUT SEMUA HUKUM YG TERKANDUNG DLM MAZHAB SYAFIE kerana bagi beliau ada beberapa hukum dlm mazhab syafie yg menyusahkan dan beliau memberikan hujah ISLAM itu mudah.
Contohnya,dalam mazhab syafie,persentuhan kulit antara lelaki dengan perempuan yg bukan mahram akan membatalkan wudhu.cuma dlm keadaan darurat seperti keadaan bersesak-sesak ketika tawaf membolehkan kita menggunakan pendapat terlemah dlm mazhab syafie yg menyatakan persentuhan kulit antara lelaki dengan perempuan yg bukan mahram tidak membatalkan wudhu.tetapi,kalau mengikut tuan guru ni,wudhu tidak batal jika kulit lelaki dan perempuan yg bukan mahram tersentuh walapun bukan dlm keadaan darurat.
selain itu,beliau juga menegaskan,adakalanya beliau tak mengikut mazhab syafie sebab beliau mengikut Rasulullah dan Al-Quran.
contoh kedua,dalam mazhab syafie,solat jama hanya boleh dilakukan jika kita musafir melebihi 2 marhalah (kira-kira 90km).tetapi kalau mengikut tuan guru ni,asalkan bermusafir melebihi 3 batu (kira-kira 5km),kita dah boleh lakukan solat jama.
jadi apa pandangan ahli forum tentang seseorang yg bermazhab tetapi tidak mengambil keseluruhan hukum yg terdapat dlm sesuatu mazhab?
adakah kita dibenarkan bertukar-tukar mazhab dlm kehidupan seharian?maksud saya,kita menggunakan semua hukum dalam semua mazhab (ambil yg mana lebih mudah)..
sebelum ni beliau juga pernah berkata,"ana tak ikut cara imam syafie tapi ana ikut cara Rasulullah".masa tu beliau baru balik dr mengerjakan haji/umrah.adakah terdapat perbezaan cara mengerjakan haji/umrah antara Rasulullah dengan imam syafie?


sanggahan : bendahara paduka raja
Ulama bersepakat mengatakan bhw tidak wajib bg seseorang utk menetapi pada satu2 mazhab dan tidak pula wajib bertukar2 mazhab. Maknanya kita nak ikut mazhab Syafie sampai kita mati pun boleh dan kalo kita nak tukar2 mazhab pun boleh dgn syarat jangan talfiq.

Talfiq tu maksudnya mencampur adukkan pendapat2 imam yang berlainan mazhab dlm satu2 ibadat. Contohnya kita ambik wuduk cara Syafie tapi dlm bab membatalkan wuduk kita guna pendapat Hanafi yang mengatakan tak batal wuduk jika bersentuhan kulit antara laki2 dan perempuan yg bukan mahram. Ini dinamakan talfiq dan orang mengamalkan talfiq hukumnya adalah haram dan ibadahnya tidak sah.

Kenapa tidak sah? Bagi contoh di atas, baik Imam Syafie atau Imam Abu Hanifah tidak mengakui ibadat tersebut. Imam Syafie tidak mengakuinya kerana di sisi beliau wuduk tersebut batal kerana bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram membatalkan wuduk. Sementara itu di sisi Imam Abu wuduk tersebut juga tidak sah kerana wuduk tersebut diambil secara Syafie. Oleh kerana itu wuduk tersebut adalah batal.

Sementara itu, tidak menjadi sebarang masalah jika kita tidak mengamalkan keseluruhan pendapat dalam satu2 mazhab. Contohnya dalam bab solat kita ikut Syafie, bab puasa ikut Maliki, bab haji ikut Hanafi, bab zakat ikut Hanbali dengan syarat tidak talfiq. Bermaknanya jika kita hendak solat hendaklah solat itu ikut Syafie dari mula sampai habis dan begitulah seterusnya ibadat2 yang lain dgn syarat jangan dicampuradukkan dengan pendapat2 mazhab lain.
bendahara paduka raja wrote:
Ulama bersepakat mengatakan bhw tidak wajib bg seseorang utk menetapi pada satu2 mazhab dan tidak pula wajib bertukar2 mazhab. Maknanya kita nak ikut mazhab Syafie sampai kita mati pun boleh dan kalo kita nak tukar2 mazhab pun boleh dgn syarat jangan talfiq.

Talfiq tu maksudnya mencampur adukkan pendapat2 imam yang berlainan mazhab dlm satu2 ibadat. Contohnya kita ambik wuduk cara Syafie tapi dlm bab membatalkan wuduk kita guna pendapat Hanafi yang mengatakan tak batal wuduk jika bersentuhan kulit antara laki2 dan perempuan yg bukan mahram. Ini dinamakan talfiq dan orang mengamalkan talfiq hukumnya adalah haram dan ibadahnya tidak sah.

Kenapa tidak sah? Bagi contoh di atas, baik Imam Syafie atau Imam Abu Hanifah tidak mengakui ibadat tersebut. Imam Syafie tidak mengakuinya
kerana di sisi beliau wuduk tersebut batal kerana bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram membatalkan wuduk. Sementara itu di sisi Imam Abu wuduk tersebut juga tidak sah kerana wuduk tersebut diambil secara Syafie. Oleh kerana itu wuduk tersebut adalah batal.


Betul tu tuan. Senang cerita orang awam macam kita lebih baik ikut sahajalah mazhab tu. Bukannya sussah pun. Umpama nak makan limau le, orang dah tolong kupaskan untuk kita, apalagi "bedal" je le.

Yang nak susah-susah tu kenapa. Bab batal wuduk, susah sangat ke nak ambil balik wuduk tu. Saya rasa tak susah apalagi dalam negara kita yang punca air merata-rata boleh dijumpai. Saya rasa tak le susah mana.Apalagi agama Islam menekankan bab taharah, dan bukankan sentiasa dalam keadaan wuduk itu adalah maknanya kita sentiasa dalam keadaan bersih dan suci yang mana bila-bila masa sahaja kita boleh mendirikan sembahyang atau membaca Al-Quran tanpa was-was.

Nak baca doa qunut itu pula, apakah doa qunut itu panjang berjela, rasanya tidak pula saya rasa. Tak da pulak dalam doa qunut yang mananya doanya tu adalah "gaya bebas" yakni ikut suka kita nak mintak apa. Doa qunut itu pulak semuanya standard, minta baik badan, minta kuatkan iman, mintak petunjuk, minta keberkatan hidup yang mana itulah sebaik-baik permintaan terhadap Tuhan kita. Kita bukannya minta kereta Mercedes ke, nak rumah bungalow kerana semuanya perkara itu adalah sia-sia sahaja bila iman tak ada, badan tak sihat, tiada petunjuk dan tiada keberkatan hidup dan banyak le lagi.

Kalau nak kira yang mana susah, semua empat mazhab ini ada part yang dia berat ada part yang dia ringan. Contohle, tok guru saya ajar kalau bab mazhab Hanafi, ketawa berdekah-dekah itu batal wuduknya. Kalau mazhab Hanbali pula, makan daging unta batal wuduk, dan banyak lagi yang kita pening nak memahamkannya.

Jadi senang citer, ikut sahaja Mazhab Syafie pasal kita belajar cara macam tu. Lagipun Imam Syafie pun antara imam yang diakui dalam agama Islam.

pendapat :AbdullahThahir
Utusan Malaysia 12/12/2006
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=1212&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

Bermazhab tanpa fanatik rahmat kepada umat Islam

RAMAI yang agak keliru dengan fahaman mazhab. Pelbagai anggapan yang wujud acap kali persoalan bermazhab diajukan. Ada yang menganggap bahawa mazhab merupakan faktor kepada perpecahan umat Islam.

Ada juga yang beranggapan bahawa pegangan mazhab adalah salah dan sesat kerana tidak berpegang kepada al-Quran dan sunah. Namun ada juga yang memandang serong kepada golongan yang tidak bermazhab.

Pensyarah Jabatan Bahasa al-Quran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Petaling Jaya, Mohammad Nidzam Abd. Kadir cuba menjernihkan kekeruhan yang timbul dalam satu wawancara bersama wartawan ZUARIDA MOHYIN dan jurufoto, NAZERI ABU BAKAR baru-baru ini

UTUSAN MALAYSIA: Apakah sebenarnya mazhab dan bermazhab?

Mazhab adalah perkataan Arab daripada lafaz zahaba. Ia membawa maksud 'pergi'. Oleh itu, mazhab secara mudah boleh diertikan sebagai tempat pergi. Dalam pengertian umum, mazhab bermakna pendapat, fatwa, cara pengambilan hukum dan yang seumpamanya. Apabila disebut mazhab Maliki, ia bermakna pendapat Maliki, fatwanya, cara pengambilan hukumnya dan sebagainya.

Bermazhab pula bermakna mengikut al-Quran dan sunah berdasarkan kefahaman seorang ulama muktabar. Umat Islam yang bermazhab Syafii bermakna mengikut al-Quran dan sunah sebagaimana yang difahami oleh Imam Syafii. Sebagai manusia, sudah tentu Imam Syafii bukanlah seorang yang maksum (terpelihara daripada dosa dan kesilapan). Mungkin ada pendapat, kefahaman, fatwa dan huraian Imam Syafii terhadap al-Quran dan sunah kurang tepat. Oleh itu, sebagai umat yang sedar akan hakikat ini, kita sepatutnya meninggalkan pendapat Imam Syafii yang mungkin kurang tepat atau kurang sesuai untuk diamalkan.

Sebagai contoh, dalam masalah pembayaran zakat fitrah, Imam Syafii tidak mengharuskan penggunaan wang sebaliknya menekankan soal makanan asasi. Namun pendapat ini mungkin kurang sesuai diamalkan maka umat Islam telah berpindah kepada pendapat Imam Hanafi.

Apakah apabila bermazhab Syafii bermakna kita tidak mengikut Quran dan sunah dan begitu kepada mereka yang bermazhab Hanbali?

Jika benarlah ada tuduhan begini, ia satu tuduhan yang tidak berasaskan ilmu dan keinsafan. Sebenarnya, semua mazhab yang empat mengikut Quran dan sunah. Ini satu perkara yang tidak boleh dinafikan. Sumber-sumber pengambilan hukum setiap mazhab meletakkan al-Quran diikuti sunah sebagai sumber tertinggi.

Jika ditanya kenapa rukun wuduk enam perkara, ada dalilnya daripada al-Quran dan sunah. Jika dicari kenapa rukun solat tiga belas perkara, ada dalilnya daripada al-Quran dan sunah. Setiap masalah pasti ada dalilnya.

Bagi yang ingin mendalami masalah ini, mungkin boleh cuba membaca buku Fiqh dalam empat mazhab berjudul, al-Fiqh a'la al-Mazahib al-Arbaa'h. Manakala bagi mereka yang ingin meluaskan perbincangan, boleh juga merujuk kitab al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu (Fiqh Islam dan dalil-dalilnya). Kitab ini telah pun diterjemahkan. Sementara itu, bagi yang bermazhab Syafii, antara kitab yang baik ialah kitab al-Fiqh al-Manhaji a'la al-Mazhab as-Syafii. Ia juga telah diterjemahkan.

Jika semuanya mengikut al-Quran dan sunah kenapa umat Islam itu perlu bermazhab?

Secara ringkas, kesemuanya bersandarkan al-Quran dan sunah. Oleh itu, kembali kepada persoalan, kenapa bermazhab jika mengikut al-Quran dan sunah? Secara logik, ia boleh diibaratkan sebagai menghormati kepakaran seseorang. Sudah tentu tidak ada seorang manusia pun yang mampu menguasai ilmu pengetahuan. Jika sakit, kita akan berjumpa doktor. Apa sahaja ubat yang diberikan oleh doktor, biasanya kita akan terima dan mengambilnya. Apakah perlu kita mempersoalkan ubat yang diberikan?

Jika kereta rosak, kita akan menghantarnya kepada mekanik. Biasanya apa sahaja yang diperbaiki oleh mekanik, kita akan akur. Begitulah mazhab di mana tidak semua orang mampu menganalisis setiap ayat al-Quran dan hadis. Oleh itu, kita menghormati kepakaran seorang sarjana Islam yang telah menghabiskan masa, umur dan tenaga mengkaji hukum Islam.

Oleh itu adakah menjadi satu kesalahan sekiranya seseorang itu bermazhab?

Sebenarnya tidak salah untuk bermazhab khususnya mazhab yang muktabar dan terpelihara. Antaranya mazhab yang empat dalam Ahli Sunah iaitu Mazhab Hanafi, Maliki, Syafii dan Hanbali. Keempat mazhab ini mempunyai pengikut yang ramai dan ulama muktabar selepas mereka. Ulama-ulama ini bertanggungjawab menyusun dan menapis setiap pendapat dengan dalil dan hujah.

Namun ada satu penyakit dalam masalah mazhab iaitu fanatik kepada mazhab. Fanatik ini disebut sebagai taksub. Fanatik akan menyebabkan banyak masalah dan musibah.

Oleh itu, kemungkinan besar antara punca perpecahan umat Islam ialah fanatik mazhab bukan bermazhab. Sekadar bermazhab tanpa fanatik merupakan satu rahmat kepada umat Islam.

Fanatik mazhab akan melahirkan perasaan bahawa mazhab anutannya sahaja yang betul manakala mazhab lain adalah salah, mengakibatkan orang tidak mahu bersolat dengan imam yang berbeza mazhab, menjadikan perkahwinan antara orang berbeza mazhab tidak sah. Akhirnya umat Islam hidup dalam perpecahan.

Apabila menyebut tentang perbezaan bermazhab, medan yang sering mewujudkan kecelaruan ialah semasa berlangsung ibadat haji. Boleh ustaz jelaskan bagaimana kesatuan umat mampu dicapai dalam perhimpunan tahunan ini?

Contohnya pandangan berbeza di antara Mazhab Syafii dan Mazhab Hanbali tentang doa qunut dalam solat Subuh di mana satu mengatakannya sunat dilakukan dan jika tertinggal disunatkan melakukan sujud sahwi berlainan dengan Mazhab Hanbali yang tidak ada doa qunut.

Perbezaan ini terhapus jika kita kembali kepada roh bagi menyatukan umat. Selain berpegang kepada hadis yang bermaksud: Sesungguhnya dijadikan imam agar ia diikuti. (Riwayat Bukhari)

Selain itu, wuduk batal apabila bersentuhan tapak lapik lelaki dan wanita. Mengikut Mazhab Syafii, wuduk batal. Ini mungkin agak menyusahkan. Apa salahnya jika dia bertaqliq (mengikut) kepada mazhab yang lain seperti Hanafi dan Hanbali. Perpindahan ini sedikit sebanyak menghapuskan fanatik mazhab.

Begitu juga dalam tata cara ibadat haji iaitu terdapat tiga cara; haji Ifrad, Tamattu’ dan Qiran. Terdapat pelbagai pendapat mana satu yang afdal. Bagi yang bermazhab Syafii, haji Ifrad adalah yang paling baik. Ada juga keadaan di mana umat Islam bermazhab Syafii memandang lekeh kepada orang yang melakukan haji Tamattu’. Semua ini terhapus jika ada kesedaran bahawa semua jenis haji memang sabit dengan dalil yang sahih.

Kesimpulannya, ibadat haji selain sebagai rukun Islam ia juga mempunyai roh untuk menyatukan umat. Semoga ia termasuk dalam firman ALLAH yang bermaksud: Supaya mereka menyaksikan pelbagai manfaat bagi mereka... (al-Haj: 2

Lantaran itu, bagaimana seharusnya umat Islam itu boleh melihat dan merealisasikan satu paradigma baru dalam bermazhab?

Bagi mengatasi masalah fanatik mazhab, maka menjadi kewajipan untuk umat Islam menyedari hakikat bahawa semua mazhab muktabar mengikut al-Quran dan sunah.

Oleh itu, adalah baik jika pengajian bermazhab dipermudahkan. Permasalahan wuduk yang mudah dan senang janganlah dipayahkan. Ia juga memerlukan penggunaan dalil agar umat Islam lebih terbiasa dengan al-Quran dan sunah.

Pendidikan perlulah ada langkah demi langkah untuk memahamkan kita dengan al-Quran dan sunah. Jika kecil, kita diajar cara berwuduk tanpa mengetahui dalilnya. Alangkah eloknya jika kita semakin pandai membaca, maka kita cuba lagi menggali sedikit demi sedikit lautan mutiara ilmu dalam al-Quran dan sunah. Bukan sekadar tahu dalilnya sahaja tetapi dapat menyelami hikmah dan faedahnya. Semua ini akan mengukuhkan keyakinan kita terhadap ajaran ALLAH s.w.t.

Umat Islam juga hendaklah meletakkan al-Quran dan sunah sebagai sumber tertinggi dalam Islam, bukannya mazhab. Sebagaimana dimaklumi, mazhab adalah tafsiran terhadap keduanya. Ada kemungkinan pandangan mazhab kurang tepat atau mungkin kurang sesuai diamalkan.

Maka tanpa penyakit fanatik mazhab, tanpa menjadikan mazhab sebagai syariat, maka akan mudahlah untuk kita mengikut pandangan yang lebih hampir dengan al-Quran dan sunah.

Tolong ustaz berikan contoh ulung dalam menghormati perbezaan pendapat.

Satu contoh yang sering disebut adalah tentang Imam Syafii. Dalam mazhab ini, doa qunut dalam solat Subuh adalah sunat. Jika tidak dilakukan doa qunut, maka sunat diganti dengan sujud sahwi.

Satu masa, Imam Syafii berkunjung ke satu masjid di mana penduduk setempat di situ bermazhab Hanafi. Imam Syafii diminta menjadi imam solat Subuh. Apabila bersolat, beliau meninggalkan doa qunut dan tidak pula melakukan sujud sahwi. Selesai solat, beliau ditanya masalah ini. Beliau menjawab bahawa beliau menghormati pendapat Imam Hanafi yang tidak menyunatkan doa qunut ketika solat Subuh.

Begitulah ceritanya secara ringkas. Jika benarlah cerita ini, ia patut menjadi contoh kepada umat Islam terutamanya di negara ini dalam adab bermazhab.


sumber :http://www.bicarasufi.com/bsc/viewtopic.php?t=13848  
   

Persoalan Mazhab : Mengapa mesti mengikut Mazhab?

 pertanyaan ?
Assalamualaikum,

Saya lihat banyak orang yang keliru dan tidak dapat memahami berkenaan persoalan mazhab ini. Diantara persoalan yang dikemukakan seperti:


    #Mengapa mesti mengikut mazhab?

    #Mengapa perlu ada mazhab? Tak ikut mazhab tak boleh ke? Bolehkan ikut terus akan Al Quran dan As Sunnah?

    #Mengapa mesti ummat islam berpecah kerana Mazhab?

    #Bolehkan kita ikut mazhab syafi'i dalam satu hal dan ikut mazhab lain dalam hal yang lain? (talfiq)


Dan tidak kurang kenyataan-kenyataan yang tidak bertanggung jawab seperti dibawah ini :

    @Aku tak mau ikut mazhab, cukup bagi aku Al Quran dan As Sunnah

    @Mazhab engkorang salah, ikut mazhab yang aku ikut ni baru tepat

    @Jika ada pertentangan dalam mazhab, tinggalkan, rujuk balik Al Quran dan Hadith *pen. jangan salah paham


Mentalilty yang memandang mazhab sebagai sumber perpecahan dan kelemahan ummat islam perlu diperbetulkan. Dan tidak kurang juga mentality yang meletakkan pegangan mazhab yang lain sebagai salah dan tidak diterima (taksub mazhab).

Saya begitu tertarik dengan penulisan Syaikh Nuh Ha Mim Kellar dan Syaikh Abdal Hakim Murad (semoga ALLAH merahmati mereka) berkenaan perkara ini dan berniat untuk meringkaskan pendapat-pendapat mereka di ruangan ini untuk tatapan pembaca, InsyaAllah, semoga ALLAH permudahkan urusan ini.

Kepada sesiapa yang mampu membaca artikel Bahasa Inggeris dengan baik, bolehlah masuk ke laman web www.masud.co.uk.

Glosari
Beberapa perkataan yang perlu difahami (mungkin sesiapa boleh tolong perhalusi, jika salah tolong perbetulkan, InsyaAllah sama-sama dapat faedah)

    $Mujtahid - Merupakan orang yang diiktiraf yang mampu mengeluarkan hukum (istimbat) berdasarkan kaedah-kaedah syara' daripada Al-Quran dan Al Hadith
    $Muqallid Muttabi' - Seseorang yang mengetahui sesuatu hukum dan mengetahui daripada (dalil) mana hukum itu dikeluarkan, tetapi tidak mengetahui dengan lengkap bagaimana kaedah imam-imam mujtahid mengeluarkannya daripada Al Quran dan As Sunnah
    $Muqallid Mutlak- Seseorang yang mengikuti sesuatu hukum dan bersandar kepada pendapat imam-imam mujtahid

Pengakuan
Memandangkan saya ini masih belajar dan tidak pula fasih bahasa arab atau belajar secara formal di institusi-institusi berkenaan FIQH, maka jika ada berlaku kesalahan atau kesilapan atau kelemahan, saya pohon jasa baik tuan-tuan untuk menegur dan memperbetulkan pandangan saya. InsyaAllah, sama-sama dapat faedah. Tujuan saya hanyalah untuk memaparkan beberapa pendapat yang mudah diterima oleh masyarakat umum berkenaan dengan persoalan mazhab ini dan bukan sekali-kali untuk mengajar.

jawab:
-Daripada Artikel Syaikh Nuh Ha Mim Kellar, artikel asal boleh di baca di sini >> http://www.masud.co.uk/ISLAM/nuh/madhhab.htm<<-

Apa yang dimaksudkan dengan mazhab dan mengapa perlunya mengikutinya?

Perkataan mazhab berasal dari perkataan arab (zal-ha-ba) yang membawa maksud ‘untuk mengambilnya sebagai jalan’ dan istilah ini merujuk kepada pilihan untuk mengikuti imam-imam mujtahid yang mengeluarkan ijtihad daripada Al Quran dan Hadith dalam perkara-perkara tertentu. Secara umumnya, sesuatu mazhab itu mewakili aliran daripada imam mujtahid seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Shafi’i atau Imam Ahmad ibn Hanbal, serta ulama-ulama terkenal didalam aliran masing-masing, yang mentashihkan hasil kerja para imam mujtahid, menghalusi dan meningkatkan mutunya. Para imam mujtahid menjelaskan daripada Al Quran dan Sunnah berkenaan hukum-hukum syariah yang perlu diikuti dalam hidup kita dan dikenali sebagai FIQH. Dalam islam Fiqh merupakan antara ilmu yang perlu kita ada daripada 3 jenis ilmu yang diambil daripada Al Quran dan Sunnah.

Ilmu yang pertama adalah berkenaan dengan prinsip-prinsip asas keimanan, iaitu berkenaan ke-Esa-an ALLAH, malaikatnya, kitab-kitab, para rasul, kenabian Nabi Muhammad (s) dan sebagainya.

Ilmu yang kedua ialah prinsip moral atau etika yang boleh kita ambil dari Al Quran dan Hadith seperti berbuat kebajikan, menjauhi maksiat, bekerja sama dalam perkara-perkara kebajikan dan seterusnya. Setiap orang boleh mengambil prinsip-prinsip ini daripada Al Quran dan Hadith.

Ilmu yang ketiga adalah pemahaman yang khas mengenai suruhan dan tegahan yang membentuk shariah (perundangan islam). Memandangkan keadaan dan sejumlah Ayat-Ayat suci Al Quran dan hadith yang terlibat, wujud perbezaan dalam kemampuan ilmiah pada orang-orang islam untuk memahami dan mengeluarkan hukum daripada kedua-duanya. Namun begitu, sebagai umat islam kita telah diperintahkan untuk mengambil Al Quran dan Hadith sebagai panduan kehidupan kita, maka mereka yang mampu mengeluarkan hukum daripada kedua-duanya sendiri digelar sebagai Imam Mujtahid; manakala mereka yang tidak mampu disuruh bahkan diisyaratkan untuk mengikut para imam mujtahid , seperti dalam Surah An Nahl, Ayat 43

Terjemahannya :
“Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui. “


dan surah AnNisa’ ayat 83,

Terjemahannya :
“Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada - "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia ALLAH dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu)”. 

bersambung ....................


SEBAB-SEBAB PERBEZAAN PENDAPAT PARA ULAMA BERDASARKAN METODOLOGI ISTINBAT

MUQADDIMAH
Metodologi istinbat disebut juga sebagai usul fiqh adalah metodologi pengambilan hukum daripada nas. Metodologi istinbat ini adalah berdasarkan kemampuan ulama memahami sesuatu nas. Kefahaman yang baik dan mendalam adalah anugerah. Dalam Quran diceritakan antara Nabi Daud a.s dan Nabi Sulaiman a.s . Kedua-dua mereka dikurniakan ilmu tetapi kefahaman dikhususkan kepada Nabi Sulaiman a.s. Firman ALLAH :
وداود وسليمان إذ يحكمان فى الحرث ... ففهمنا سليمان وكلا ءاتينا حكما وعلما ( سورة الأنبياء : 78-79 )
“Dan Daud dan Sulaiman ketika kedua-dua mereka berhukum dalam masalah tanaman…maka kami fahamkan Sulaiman. Dan kedua mereka telah Kami berikan hukum dan ilmu…”.

KEPENTINGAN

Ilmu ini adalah salah satu ilmu yang penting agar hukum yang dibuat bertepatan dengan hukum syarak yang sebenar. Jika diteliti kepada syarat-syarat mujtahid, keilmuan tentang usul fiqh adalah syaratnya selain keilmuan berkaitan Quran dan sunnah.

Metodologi ini telah wujud dalam dada mujtahid ummah sejak zaman para sahabat r.a. Sebagai contoh : Ibnu Mas’ud r.a berkata bahawa iddah wanita hamil yang mati suaminya ialah dengan melahirkan anak walaupun tempohnya singkat. Walaupun terdapat dua ayat yang pada zahirnya bertentangan, tetapi kefahaman yang baik membantu :
وأولات الأحمال أجلهن أن يضعن حملهن ( سورة الطلاق : 4 )
“Dan wanita hamil tempoh iddahnya hingga ia melahirkan kandungannya”.

والذين يتوفون منكم ويذرون أزواجا يتربصن بأنفسهن أربعة أشهر وعشرا ( سورة البقرة : 234 )
“Dan wanita yang kematian suami maka iddahnya ialah empat bulan sepuluh hari”.

Metodologi yang digunakan ialah ayat dalam Surah at-Tolaq turun selepas ayat dalam Surah al-Baqarah. Ini menunjukkan kepada suatu prinsip iaitu nas kedua menasakhkan/mengtakhsiskan nas pertama.

1) IJMAK الإجماع
اتفاق مجتهدي أمة محمد صلى الله عليه وسلم بعد وفاته في عصر من الأعصار على أمر
من الأمور
“Kesepakatan ulama mujtahid umat Muhammad s.a.w. selepas kewafatan Nabi pada satu zaman daripada zaman atas satu perkara…”.
Jumhur ulama menerima ijmak manakala sebahagian mazhab seperti Imamiyyah tidak menerimanya. Aspek utama dalam masalah ijmak ialah ijmak ahli Madinah.

Ijmak ahli Madinah إجماع أهل الـمدينة
Kebanyakan ulama tidak berhujjah dengan ijmak ahli Madinah, tetapi Imam Malik berhujjah dengannya. Ini kerana :
- Madinah ialah tempat hijrah Nabi s.a.w. dan tempat turun wahyu.
- Ahli Madinah menyaksikan turunnya wahyu dan mereka paling arif tentang hal ehwal Nabi s.a.w.
- Riwayat ahli Madinah didahulukan daripada riwayat lain, maka ijmak mereka lebih utama.

Contoh : Bacaan makmum solat belakang imam
Imam Malik berpendapat bahawa makmum perlu membaca jika imam tidak menyaringkan bacaan. Makmum hendaklah meninggalkan bacaan jika imam menyaringkan bacaan. Imam Malik berkata :
الأمر عندنا أن يقرأ الرجل وراء الإمام فيما لا يجهر فيه الإمام بالقراءة ، ويترك القراءة فيما يجهر فيه الإمام بالقراءة
“Perkara di sisi kami ialah makmum membaca di belakang imam jika imam tidak menyaringkan bacaan, dan makmum meninggalkan bacaan jika imam menyaringkan bacaan”.

Imam Syafii berpendapat bahawa makmum wajib membaca Fatihah sama ada imam menyaringkan bacaan atau tidak.




sumber :http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=3027113908735253517

ANTARA SEBAB-SEBAB PERBEZAAN PENDAPAT PARA ULAMA MUKTABAR



1. PERBEZAAN QIRAAT اختلاف القراءات
Contoh : Basuh kaki atau sapu kaki ketika wudhuk.
Firman ALLAH :
يا أيها الذين آمنوا إذا قمتم إلى الصلاة فاغسلوا وجوهكم وأيديكم إلى الـمرافق وامسحوا
برؤوسكم وأرجَِلَِكم
"Wahai orang beriman, apabila kamu bangun untuk solat maka basuhlah muka kamu dan (basuhlah) dua tangan hingga siku, dan sapulah dengan kepala kamu dan (basuhlah/sapulah) kaki kamu...".

2. BERHUJJAH DENGAN QIRAAT SYAZ الاحتجاج بالقراءة الشاذة
Al-Quran ialah :
- ما نقل إلينا بين دفتي الـمصحف تواترا
- الـمنزل على الرسول الـمكتوب فى الـمصاحف الـمنقول عنه عليه الصلاة والسلام نقلا متواترا بلا شبهة
Ertinya : "Apa yg dipindahkan kepada kita sebagaimana ada dalam mushaf daripada Nabi s.a.w.secara mutawatir bila syubhah".

Dalil mereka ialah qiraat syaz yang berbunyi :
فمن كان منكم مريضا أو على سفر فعدة من أيام أخر متتابعات
"Maka sesiapa yg sakit atau musafir maka beberapa hari daripada hari lain berturut2.

Qiraat syaz di sisi sebahagian para ulama adalah setaraf dengan hadis Aahad حديث الآحاد . Imam Sarakhsi berkata :
نحن ما أثبتنا بقراءة ابن مسعود كون الزيادة قرآنا ، وإنما جعلنا ذلك بمنزلة خبر رواه عن رسول الله صلى الله عليه وسلم ، لعلمنا أنه ما قرأ بها إلا سماعا من رسول الله صلى الله عليه وسلم ، وخبره مقبول فى وجوب العمل به ... .
"Kami tidak menetapkan dengan bacaan Ibnu Masud keadaan tambahan itu sebagai Quran. Tetapi kami jadikan ia seperti hadis Aahad yg diriwayatkan daripada Nabi s.aw... kerana kita tahu bahawa Ibnu Masud tidak membaca demikian melainkan didengar daripada Nabi s.a.w. , dan khabarnya diterima pada wajib beramal dengannya".

3. TIDAK SAMPAI HADIS KEPADA MUJTAHID. عدم بلوغ الحديث إلى المجتهد

4. HADIS SAMPAI KEPADA MUJTAHID TETAPI IA TIDAK SABIT DI SISINYA.
أن يكون الحديث قد بلغ المجتهد لكنه لم يثبت عنده

Dalam kes ini, Umar al-Khattab berpendapat bahawa bagi wanita itu nafkah dan tempat tinggal. Ini berdasarkan ayat Quran :
يا أيها النبي إذا طلقتم النساء فطلقوهن لعدتهن وأحصوا العدة واتقوا الله ربكم لا تخرجوهن من بيوتهن ولا يخرجن إلا أن يأتين بفاحشة مبينة
"Wahai Nabi! Apabila kamu menceraikan isteri maka ceraikanlah mengikut iddah dan bertaqwalah kepada ALLAH. Janganlah kamu keluarkan mereka daripada rumah dan janganlah mereka keluar melainkan jika mereka melakukan sesuatu yg keji".

Umar berkata :
لا نترك كتاب الله وسنة نبينا لقول امرأة لا ندري لعلها حفظت أو نسيت ، لها السكنى والنفقة........
"Kami tidak meninggalkan kitab ALLAH dan sunnah Nabi kerana perkataan seorang wanita yang tidak kami ketahui samaad dia ingat atau lupa. Baginya rumah dan nafkah".

5. LAFAZ PERKATAAN HADIS.
الاشتراك فى اللفظ أو عدم معرفة المجتهد بدلالة الحديث لكون اللفظ الذى فى الحديث غريبا عنده

Contoh : Iddah wanita yang ada haid ialah tiga quruk. Firman ALLAH :
والـمطلقات يتربصن بأنفسهن ثلاثة قروء ( البقرة : 228 )
"Dan wanita yg diceraikan menunggu selama tiga quruk".


6. WUJUD DALIL-DALIL YANG BERTENTANGAN
تعارض الأدلة فيما يتراءى لنا

Contoh : Membaca Basmalah secara jahr (kuat) ketika solat.
Hadis tidak menyaringkan bacaan Basmalah ialah :
عن أنس بن مالك قال : صليتُ مع النبي وأبي بكر وعمر وعثمان فلم أسمع أحدا منهم يقرأ بسم الله الرحمن الرحيم رواه أحمد ومسلم ، وفى لفظ : صليتُ خلف النبي وأبي بكر وعمر وعثمان فكانوا لا يجهرون ببسم الله الرحمن الرحيم . رواه أحمد والنسائي بإسناد على شرط الصحيح ،...
"Daripada Anas bin Malik berkata : aku solat bersama Nabi, Abu Bakar, Umar dan Uthman. Aku tidak mendengar seorang pun membaca basmalah. (Riwayat Ahmad dan Muslim)...

Ada pun hadis menyaringkan bacaan ialah :
وعن قتادة قال : سئل أنس كيف كان قراءة النبي ؟ فقال : كانت مدا ثم قرأ بسم الله الرحمن الرحيم يمد ببسم الله ويمد بالرحمن ويمد بالرحيم . رواه البخاري .
"Qatadah berkata : "Anas ditanya tentang bacaan Nabi. Kata Anas : Bacaan Nabi panjang/sederhana. Kemudian beliau membaca basmalah ..." (Riwayat Bukhari).

Dalam mencari jalan tengah bagi masalah ini, Imam as-Syaukani membuat kesimpulan setelah membahaskan secara mendalam dengan berkata :
واعلم أن الأمة أجمعت أنه لا يكفر من أثبتها ولا من نفاها لاختلاف العلماء فيها بخلاف ما لو نفى حرفا مجمعا عليه أو أثبت ما لم يقل به أحد فإنه كفر بالإجماع.............. فليس شيء من الجهر وتركه يقدح فى الصلاة ببطلان بالإجماع فلا يهولنك تعظيم جماعة من العلماء لشأن هذه الـمسئلة والخلاف فيها ولقد بالغ بعضهم حتى عدها من مسائل الاعتقاد.
"Dan ketahuilah bahawa umat sepakat bahawa tidak kafir sesiapa yg menetapkannya atau menafikannya kerana perbezaan ulama. Ini tidak sama dengan menafikan satu huruf Quran atau menetapkan apa yg bukan Quran sebagai Quran maka ia kafir dengan ijmak ulama... Maka tidaklah nyaring bacaan atau tidak nyaring merosakkan dalam solat dengan batal dengan ijmak ulama. Maka janganlah engkau ditakuti dengan sebahagian ulama yg membesarkan masalah ini dan khilaf padanya. Dan ada sesetengah ulama terlalu melampau hingga menganggap masalah basmalah ini sebagai masalah aqidah.


7. BERHUJJAH DENGAN HADIS MURSAL الاحتجاج بالحديث الـمرسل
Hadis Mursal bermaksud :
وأما الـمرسل عند الفقهاء وأصحاب الأصول ... ما انقطع إسناده على أي وجه كان انقطاعه... وقال جماعات من المحدثين أو أكثرهم لا يسمى مرسلا إلا ما أخبر فيه التابعي عن رسول الله .
"Adapun mursal disisi fuqaha dan ulama usul... apa yg terputus sanad dalam apa jua keadaan... dan sebahagian ulama hadis berkata hadis mursal ialah apa yg diceritakan oleh tabiin daripada Nabi tanpa ada sahabat".
Dalil mereka adalah hadis Ibrahim at-Taimi daripada Aishah :
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يقبل بعض أزواجه ثم يصلي ولا يتوضأ. رواه أبو داود والنسائي. قال أبو داود : هو مرسل . إبراهيم التيمس لم يسمع من عائشة.
Mazhab Syafii berpendapat bahawa persentuhan kulit lelaki dan wanita bukan mahram membatalkan wudhuk. Ini kerana hadis tersebut adalah hadis mursal. Imam as-Syaukani berkata :
ورواه الشافعي من طريق معبد بن نباتة عن محمد بن عمر عن بن عطاء عن عائشة عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه كان يقبل بعض نسائه ولا يتوضأ ) قال : ولا أعرف حال معبد فإن كان ثقة فالحجة فيما روي عن النبي صلى الله عليه وسلم.... .


8. ANTARA ZAHIR HADIS DAN MAQASID HADIS.

Contoh : Nabi s.a.w. memerintahkan para sahabat agar pergi dan bersolat Asar di tempat Bani Quraizah pada perang Ahzab dengan bersabda :
لا يصلين أحد منكم العصر إلا في بني قريظة
"Janganlah seseorang kamu solat asar melainkan di tempat Bani Quraizah". 


sumber : http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=3027113908735253517

ANTARA SEBAB-SEBAB PERBEZAAN PENDAPAT PARA ULAMA MUKTABAR


MUQADDIMAH

1. PERBEZAAN QIRAAT اختلاف القراءات
Contoh : Basuh kaki atau sapu kaki ketika wudhuk.
Firman ALLAH :
يا أيها الذين آمنوا إذا قمتم إلى الصلاة فاغسلوا وجوهكم وأيديكم إلى الـمرافق وامسحوا
برؤوسكم وأرجلَِكم إلى الكعبين (الـمائدة : 6)
Nafi’, Ibnu A’mir dan Kisaii membaca secara ‘nasab’ sementara Ibnu Kathir, Abu A’mru dan Hamzah membaca secara ‘jarr’. Bacaan nasab mewajibkan kaki dibasuh kerana ia dia’tafkan (عطف) kepada وجوهكم. Manakala bacaan jar mensyaratkan sapu sahaja.

Terdapat empat belas qiraat. Yang tahqik ialah mutawatirnya qiraat yang sepuluh .

2. BERHUJJAH DENGAN QIRAAT SYAZ الاحتجاج بالقراءة الشاذة
Al-Quran ialah :
- ما نقل إلينا بين دفتي الـمصحف تواترا
- الـمنزل على الرسول الـمكتوب فى الـمصاحف الـمنقول عنه عليه الصلاة والسلام نقلا متواترا بلا شبهة

Dalam keadaan ini, bolehkah berhujjah dengan qiraat syaz. Mazhab Hanafi menjadikan qiraat syaz sebagai hujjah. Imam Nawawi berpendapat bahawa ia tidak menjadi hujjah dalam mazhab Syafii.

Contoh : Wajib qada puasa Ramadhan secara berturut-turut.
Apabila seseorang tidak berpuasa pada bulan Ramadhan beberapa hari kerana sakit atau musafir, adakah wajib dia mengqadakannya secara berturut-turut atau boleh diqadakan tanpa berturut? Mazhab Hanafi dan sesetengah ahli mazhab Zahiri mewajibkan qada secara berturut. Dalil mereka ialah qiraat syaz yang berbunyi :
فمن كان منكم مريضا أو على سفر فعدة من أيام أخر متتابعات
Bacaan ini adalah bacaan Ubai bin Ka’ab .
Jumhur ulama berpendapat tidak wajib kerana lafaz متتابعات adalah qiraat syaz. Dalam Quran yang mutawatir hanya berbunyi :
فمن كان منكم مريضا أو على سفر فعدة من أيام أخر ( البقرة : 184 )

Qiraat syaz di sisi sebahagian para ulama adalah setaraf dengan hadis Aahad حديث الآحاد . Imam Sarakhsi berkata :
نحن ما أثبتنا بقراءة ابن مسعود كون الزيادة قرآنا ، وإنما جعلنا ذلك بمنزلة خبر رواه عن رسول الله صلى الله عليه وسلم ، لعلمنا أنه ما قرأ بها إلا سماعا من رسول الله صلى الله عليه وسلم ، وخبره مقبول فى وجوب العمل به ... .


3. TIDAK SAMPAI HADIS KEPADA MUJTAHID. عدم بلوغ الحديث إلى المجتهد

Contoh : Abu Bakar as-Siddiq apabila diajukan soalan tentang harta pusaka untuk nenek, beliau menjawab :
ما لك فى كتاب الله من شىء ، وما علمت لكِ فى سنة رسول الله صلى الله عليه وسلم من شىء ، ولكن أسأل الناس
Ertinya : Tidak ada bagi kamu sesuatu di dalam Quran, dan tidak aku ketahui bagi kamu sesuatu di dalam sunnah nabi s.a.w. akan tetapi aku akan bertanya orang lain.

Selepas itu bangunlah al-Mughirah ibnu Syuk’bah dan Muhammad ibnu Maslamah dan bersaksi bahawa Nabi s.a.w. memberikan kepada nenek satu perenam.

Contoh : Umar al-Khattab telah tiba di satu tempat bernama Sarag سرغ dan diberitahu tentang wabak taun di Syam. Beliau bermesyuarat dengan para sahabat tentang wabak tersebut samaada hendak meneruskan perjalanan atau berpatah balik. Masing-masing memberikan pendapat tanpa menyebut sunnah nabi dalam kes ini. Akhirnya datanglah Abdul Rahman ibnu A’uf lalu berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda :
إذا سمعتم به بأرض فلا تقدموا عليه ، و إذا وقع بأرض وأنتم بها فلا تخرجوا فرارا منه
Ertinya : Jika kamu mendengar berita wabak taun di sesuatu tempat sedangkan kamu tidak berada di sana maka janganlah kamu pergi ke sana. Dan apabila berlaku wabak taun di sesuatu tempat sedangkan kamu berada di dalamnya maka janganlah kamu keluar lari daripadanya .

Contoh : Abu Hurairah berpendapat tidak harus bagi orang yang berjunub ketika subuh untuk berpuasa. Pendapat ini dibantah oleh isteri nabi s.a.w. Aishah yang menceritakan bahawa Nabi masih berjunub ketika subuh. Walaupun begitu, baginda terus berpuasa .


4. HADIS SAMPAI KEPADA MUJTAHID TETAPI IA TIDAK SABIT DI SISINYA.
أن يكون الحديث قد بلغ المجتهد لكنه لم يثبت عنده

Sebab ini berkaitan perawi hadis atau sanad hadis. Oleh kerana hadis itu tidak sabit di sisinya, mereka tidak beramal dengan hadis tersebut.
Contoh : Wanita yang bercerai secara baain, adakah wajib nafkah atau tidak. Dalam kes ini, Umar al-Khattab berpendapat bahawa bagi wanita itu nafkah dan tempat tinggal. Ini berdasarkan ayat Quran :
يا أيها النبي إذا طلقتم النساء فطلقوهن لعدتهن وأحصوا العدة واتقوا الله ربكم لا تخرجوهن من بيوتهن ولا يخرجن إلا أن يأتين بفاحشة مبينة
Ayat ini mewajibkan tempat tinggal bagi wanita yang diceraikan. Oleh kerana itu, dia juga berhak mendapat nafkah. Umar melihat ayat ini umum untuk kes perceraian. Walaupun hadis tentang Fatimah binti Qais telah sampai kepada beliau, tetapi beliau menolak hadis tersebut kerana tidak yakin dengan riwayat tersebut. Hadis tentang Fatimah itu ada dalam Sahih Muslim. Juga terdapat dalam Sahih Muslim perkataan Umar al-Khattab yang menolak riwayat tersebut. Umar berkata :
لا نترك كتاب الله وسنة نبينا لقول امرأة لا ندري لعلها حفظت أو نسيت ، لها السكنى والنفقة........


5. LAFAZ PERKATAAN HADIS.
الاشتراك فى اللفظ أو عدم معرفة المجتهد بدلالة الحديث لكون اللفظ الذى فى الحديث غريبا عنده

Contoh : Iddah wanita yang ada haid ialah tiga quruk. Firman ALLAH :
والـمطلقات يتربصن بأنفسهن ثلاثة قروء ( البقرة : 228 )

Ulama berbeza pendapat kerana lafaz ‘quruk’ قروء mempunyai dua makna iaitu haid dan suci. Aishah dan Ibnu Umar berpendapat bahawa ia bermakna suci. Pendapat ini disokong oleh Malik, Syafii dan Ahmad pada satu riwayat. Sementara Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali berpendapat ia ada haid. Abu Hanifah memilih pendapat ini.



6. WUJUD DALIL-DALIL YANG BERTENTANGAN
تعارض الأدلة فيما يتراءى لنا

Contoh : Nikah orang muhrim.
Imam Malik, Syafii dan Ahmad berpendapat bahawa tidak sah pernikahan orang yang sedang ihram. Ini berdasarkan hadis :
لا يَنْكِح الـمُحْرِم ولا يُنْكِح ولا يخطب
Ertinya : Orang yang ihram tidak berkahwin dan tidak mengahwinkan dan tidak meminang .

Abu Hanifah berpendapat bahawa ia adalah harus. Ini kerana ada pula hadis menceritakan bahawa nabi s.a.w. berkahwin ketika ihram. Daripada Ibnu Abbas beliau berkata :
تزوج رسول الله صلى الله عليه وسلم ميمونة وهو محرم
Ertinya : Nabi s.a.w. bernikah dengan Maimunah sedang baginda masih ihram .

Contoh : Membaca Basmalah secara jahr (kuat) ketika solat.
Di Malaysia, rata-rata umat Islam menyaringkan bacaan Basmalah ketika solat Subuh, Maghrib dan Isyak. Di tempat lain, sebahagian umat Islam membaca Basmalah secara sirr (perlahan). Ada hadis yang bertentangan dalam kes ini.
Hadis tidak menyaringkan bacaan Basmalah ialah :
عن أنس بن مالك قال : صليتُ مع النبي وأبي بكر وعمر وعثمان فلم أسمع أحدا منهم يقرأ بسم الله الرحمن الرحيم رواه أحمد ومسلم ، وفى لفظ : صليتُ خلف النبي وأبي بكر وعمر وعثمان فكانوا لا يجهرون ببسم الله الرحمن الرحيم . رواه أحمد والنسائي بإسناد على شرط الصحيح ،...

Antara ulama yang berpendapat sedemikian ialah Abu Hanifah dan Ahmad. Ada pun hadis menyaringkan bacaan ialah :
وعن قتادة قال : سئل أنس كيف كان قراءة النبي ؟ فقال : كانت مدا ثم قرأ بسم الله الرحمن الرحيم يمد ببسم الله ويمد بالرحمن ويمد بالرحيم . رواه البخاري .

Dalam mencari jalan tengah bagi masalah ini, Imam as-Syaukani membuat kesimpulan setelah membahaskan secara mendalam dengan berkata :
واعلم أن الأمة أجمعت أنه لا يكفر من أثبتها ولا من نفاها لاختلاف العلماء فيها بخلاف ما لو نفى حرفا مجمعا عليه أو أثبت ما لم يقل به أحد فإنه كفر بالإجماع.............. فليس شيء من الجهر وتركه يقدح فى الصلاة ببطلان بالإجماع فلا يهولنك تعظيم جماعة من العلماء لشأن هذه الـمسئلة والخلاف فيها ولقد بالغ بعضهم حتى عدها من مسائل الخلاف.



7. BERHUJJAH DENGAN HADIS MURSAL الاحتجاج بالحديث الـمرسل
Hadis Mursal bermaksud :
وأما الـمرسل عند الفقهاء وأصحاب الأصول ... ما انقطع إسناده على أي وجه كان انقطاعه... وقال جماعات من المحدثين أو أكثرهم لا يسمى مرسلا إلا ما أخبر فيه التابعي عن رسول الله .

Dalam berhujjah dengannya, Mazhab Hanafi berhujjah dengannya. Imam Syafii tidak berhujjah dengan hadis mursal melainkan cukup syarat-syarat tertentu.
Contoh : Batal wudhuk ketika bersentuhan antara lelaki dan wanita.
Mazhab Hanafi berpendapat tidak batal. Dalil mereka adalah hadis Ibrahim at-Taimi daripada Aishah :
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يقبل بعض أزواجه ثم يصلي ولا يتوضأ. رواه أبو داود والنسائي. قال أبو داود : هو مرسل . إبراهيم التيمس لم يسمع من عائشة.
Mazhab Syafii berpendapat bahawa persentuhan kulit lelaki dan wanita bukan mahram membatalkan wudhuk. Ini kerana hadis tersebut adalah hadis mursal. Imam as-Syaukani berkata :
ورواه الشافعي من طريق معبد بن نباتة عن محمد بن عمر عن بن عطاء عن عائشة عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه كان يقبل بعض نسائه ولا يتوضأ ) قال : ولا أعرف حال معبد فإن كان ثقة فالحجة فيما روي عن النبي صلى الله عليه وسلم.... .


8. ANTARA ZAHIR HADIS DAN MAQASID HADIS.

Contoh : Nabi s.a.w. memerintahkan para sahabat agar pergi dan bersolat Asar di tempat Bani Quraizah pada perang Ahzab dengan bersabda :
لا يصلين أحد منكم العصر إلا في بني قريظة
Para sahabat segera bertolak ke sana. Di pertengahan jalan masuk waktu solat asar. Sebahagian sahabat meneruskan perjalanan dan tidak bersolat asar pada waktu tersebut dengan melihat kepada zahir hadis. Sebahagian sahabat lagi bersolat asar dengan bukti bahawa Nabi s.a.w. hanya ingin kita bersegera ke sana. Mereka melihat kepada maqasid hadis.

Ini adalah sebahagian daripada sebab-sebab kenapa berlaku perbezaan pendapat para ulama. Sebab-sebab ini berkaitan secara langsung dengan Quran dan hadis Nabi s.a.w. Ini tak termasuk sebab dalam masalah usl fiqh lagi.

Rujukan :

1. Ibnu Taimiyyah, رفع الـملام عن الأئمة الأعلام , دار القلم للتراث.
2. Ibnu Qayyim, إعلام الـموقعين عن رب العالمين , مكتبة الإيمان, 1999, cet 1.
3. Sahih Bukhari, فتح الباري بشرح صحيح البخاري, دار الحديث, 1998, cet 1.
4. Sahih Muslim, شرح صحيح مسلم , دار الخير, 1998, cet 4.
5. As-Syaukani, نيل الأوطار شرح منتقى الأخبار من أحاديث سيد الأخيار , دار الحديث, 1998, cet 5.
6. As-Sarakhsi, أصول السرخسي , دار الـمؤيد, 1997, cet 1.
7. Az-Zarqaani, مناهل العرفان في علوم القرآن , الـمكتبة العصرية, 1996, cet 1.


sumber : http://www.bicarasufi.com/bsc/viewtopic.php?t=14424

Tidak Mengkafirkan Seorangpun Dari Kaum Muslimin Kecuali Dia Membatalkan Keislamannya, Syaikh Dr Sholeh bin Fauzan bin Abdullah Al-Fauzan

Dan diantara prinsip-prinsip aqidah Ahlus Sunnah wal Jama'ah adalah bahwasanya mereka tdk mengkafirkan seorangpun dari kaum muslimin kecuali apabila dia melakukan perbuatan yg membatalkan keislamannya. Adapun perbuatan dosa besar selain syirik & tdk ada dalil yg menghukumi pelakunya sebagai kafir. Misalnya meninggalkan shalat karena malas, maka pelaku (dosa besar tersebut) tdk dihukumi kafir akan tetapi dihukumi fasiq & imannya tdk sempurna. Apabila dia mati sedang dia belum bertaubat maka dia berada dalam kehendak Allah. Jika Dia berkehendak Dia akan mengampuninya, namun si pelaku tdk kekal di neraka, telah berfirman Allah Subhanahu wa Ta'ala.
"Artinya: Sesungguhnya Allah tdk akan mengampuni dosa syirik & Dia mengampuni dosa-dosa selainnya bagi siapa yg dikehendakinya . . . " (An-Nisaa: 48)
Dan madzhab Ahlus Sunnah wal Jama'ah dalam masalah ini berada di tengah-tengah antara Khawarij yg mengkafirkan orang-orang yg melakukan dosa besar walau bukan termasuk syirik & Murji'ah yg mengatakan si pelaku dosa besar sebagai mu'min sempurna imannya, & mereka mengatakan pula tdk berarti suatu dosa/ma'shiyat dg adanya iman sebagaimana tak berartinya suatu perbuatan ta'at dg adanya kekafiran.
(Disalin dari buku Prinsip-Prinsip Aqidah Ahlus Sunnah wal Jama'ah oleh Syaikh Dr Sholeh bin Fauzan bin Abdullah Al-Fauzan, terbitan Dar Al-Gasem-Riyadh, penerjemah Abu Aasia)
Penulis: Syaikh Dr Sholeh bin Fauzan bin Abdullah Al-Fauzan & diterbitkan oleh almanhaj. or. id