wahai (tuhan) yang amat penyayang.
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon dari Mu dan aku merayu pada Mu dengan keesaan Mu dari puji-puja Mu dan pengagungan Mu dan tahlil Mu (pengucapan La ilahai la llah) dan takbir Mu (ucapan Allahu Akbar) dan tasbih Mu (ucapan Subhanallah) dan kesempurnaan Mu dan pengurusan Mu, pengagungan Mu dan penyucian Mu, cahaya Mu, kasihan belas Mu kasih sayang Mu, ilmu Mu, kebijaksanaan (sifat lemah lembut dan tahu semua), ketinggian Mu, kehormatan Mu, kelebihan Mu, keagungan Mu, anugerah Mu, kesempurnaan Mu, kebesaran Mu (ketakburan), kekuasaan Mu dan kesultanan Mu serta budi penghargaan Mu, keindahan Mu, kecantikan Mu, petunjuk Mu, keampunan Mu, nabi Mu, wali Mu dan keturunannya yang suci murni, semoga Engkau memberi selawat (rahmat) ke atas penghulu kami Muhammad dan ke atas seluruh saudara maranya (yang terdiri dari ) nabi-nabi dan utusan-utusan dan semoga Engkau tidak mengharamkan aku dari pertolongan (sokongan) Mu dan keutamaan Mu …….
dan keindahan Mu serta keagungan Mu, dan faedah-faedah dari kemuliaan Mu (kemurahan hati) maka sesungguhnya, tidak pernah menghalang oleh kerana terlalu banyak apa yang telah Engkau hamburkan dari pemberian-pemberian oleh sebarang penghalang yang berupa kebakhilan (bererti Engkau tak pernah bakhil dalam memberi) dan tiada mengurangkan akan kemurahan hati Mu oleh pengurangan kesyukuran terhadap nikmat-nikmat Mu.
Dan tidak pernah habis (luak) khazanah-khazanah Mu. Pemberian Mu yang luas, tidak memberi sebarang kesan pada kemurahan hati Mu, yang agung itu, penganugerahan Mu yang banyak lagi agung itu serta indah itu, lagi unggul (asli), dan Engkau tidak pernah takut tekanan kepapaan untuk Engkau merasa bakhil. Dan tidak pernah Engkau dihambat perasaan takut kedana (papa), lalu mengurangkan dari kemurahan hati Mu limpahan keutamaan Mu (fadilat). Sesungguhnya Engkau atas apa-apa yang Engkau kehendaki itu amat berkuasa, dan dalam memperkenan (doa) itu amat patut.
Ya Allah, rezekikanlah aku akan hati yang khusyuk lagi tunduk, patuh, serta mata yang suka menangis dan badan yang sihat lagi sabar (cekal) serta keyakinan yang benar dan dengan kebenaran ia menumpu. ……
Dan taubat yang sebenar (nasuha) serta lidah yang sentiasa berzikir dan memuji serta keimanan yang betul serta rezeki yang halal dan baik,dan ilmu yang luas, yang bermenafaat serta anak yang soleh dan sahabat yang seia sekata, serta umur yang panjang dalam kebaikan yang sibuk dengan (terisi dengan) ibadat yang tulus murni, serta perangai (akhlak) yang elok dan amalan yang baik (soleh) yang diterima, dan taubat yang di terima serta darjat yang tinggi dan perempuan yang beriman, yang patuh. Ya Allah janganlah Engkau lupakan aku dalam ingatan Mu, jangan Engkau jadikan untukku pemimpin selain dari Mu dan jangan Engkau elakkan aku dari muslihat Mu serta jangan Engkau dedahkan dariku, perlindungan Mu, dan jangan biarkan aku putus asa dari rahmat Mu janganlah jauhkan aku dari penjagaan Mu dan dari sisi Mu, lindungi aku dari kemurkaan Mu dan kemarahan Mu, jangan jadikan aku berputus harap dari kasih Mu dan jadilah
dari segala kegerunan dan ketakutan, serta kesepian dan keterasingan. Dan lindungilah aku dan keluargaku dan saudara-saudara ku seluruhnya dari setiap kemusnahan dan selamatkanlah aku dari setiap bala bencana, dan penyakit, kecelaan dan kesukaran dan ujian (yang berat) atau (dugaan) dan gempa bumi dan kegetiran, kehinaan dan kerendahan dan kekurangan dan lapar dan dahaga dan kefakiran, dan kepapaan, kesempitan dan fitnah serta wabak dan bala, lemas (dalam air), kebakaran, kilat kecurian, kepanasan dan kesejukan, rompakan, kesesatan, kealpaan dan sesuatu yang sesat dan benda-benda terbang (yang membawa kejahatan), kegelinciran (dari jalan yang benar) dan dosa-dosa serta kerunsingan dan kedukaan, (ditelan bumi) dan lemparan (qazaf), cacat, sakit, uzur, gila, penyakit kusta, sopak, lumpuh dan buasir.
Penyakit beser (kencing tak tus) dan kekurangan dan kerosakan dan malu (skandal) dan kehuduhan di dua negeri (dunia/akhirat) sesungguhnya Engkau tiada pernah mungkir janji.
Ya Allah angkatkanlah aku dan jangan meletakkan aku ke bawah, pertahankanlah aku, jangan pula Engkau menolakku, berilah aku jangan pula Engkau haramkan aku (dari pemberian Mu), tambahkan kepadaku, janganlah mengurangkan aku, kasihanilah aku jangan disiksa diriku, lepaskan aku dari kedukaanku dan bukakan segala kerunsinganku, dan musnahkanlah seteruku dan bantulah aku dan jangan Engkau merendahkan aku (lekehkan). Muliakanlah aku, jangan Engkau malukan aku, dan utamakanlah aku, jangan hilangkan aku, sesungguhnya Engkau atas segala sesuatu amat berkuasa. Wahai (Tuhan) yang paling berkuasa dari segala yang berkuasa, dan wahai (Tuhan) yang paling cepat menghitung dan selawat (rahmat) Allah berikan atas penghulu kami Muhammad dan keluarganya dan diberi kesejahteraan (salam) semuanya, Wahai (Tuhan) yang mempunyai ……
Tidak ada komentar:
Posting Komentar