Halaman

Minggu, 25 September 2011

KALIMAH-KALIMAH BACAAN HIZB SAIFI-3



Terjemahan nya:
Dan limpahkan kebaikan di atas kesyukuran Mu. Engkau telah memulakan aku dengan nikmat-nikmat sebagai keutamaan (jasa baik) dan anugerah dan Engkau telah memerintahku dengan kesyukuran (supaya bersyukur) sebagai suatu hak dan keadilan dan Engkau telah menjanjikan aku berlipat ganda dan lebih-lebihan yang banyak dan Engkau telah memberikan aku rezeki Mu yang luas lagi banyak, dan Engkau meminta dariku untuknya kesyukuran yang sedikit.
Untuk Mu segala pujian Ya Allah keatasku, kerana Engkau telah menyelamatkan aku (lepaskan aku) dan memberi afiat (kesihatan) kepadaku dengan rahmat Mu dari keletihan bala dan dasar-dasar penderitaan, Engkau tidak pernah menyerahkan aku kepada kejahatan (yang jahat/tak baik) dari qada' (ketentuan) Mu dan bala-bala Mu. Dan Engkau telah menjadikan pakaianku afiat (kesihatan) dan telah Engkau kurniakan aku kesenangan dan kemewahan dan Engkau telah gariskan jalan (syariat) untukku matlamat yang paling mudah, dan Engkau telah melipat-gandakan bagiku keutamaan yang mulia serta Engkau telah memperhambakan aku dengannya dari jalan jalan-jalan syariat dan Engkau telah sampaikan berita gembira dengannya dari darjat yang tinggi menggapai, dan Engkau telah memilih aku dengan seagung-agung ……
nabi-nabi dari segi dakwah, dan yang paling utama sekali dari segi syafaat dan yang paling tinggi darjat (kedudukan) dan yang paling hampir sekali dari segi tempat dan yang paling jelas sekali hujah-hujah (dalil), Penghulu kami Muhammad Salalllahu alaihi wassalam dan ke atas keluarganya beserta kesejahteraan dan ke atas seluruh nabi-nabi dan utusan-utusan dan sahabat-sahabatnya yang baik-baik lagi suci murni (1-Tamat separuh).
Ya Allah berikanlah salawat (rahmat) Mu ke atas Muhammad dan atas keluarga Muhammad dan ampunilah bagiku dan keluarga ku serta saudara-saudara ku seluruhnya sekira-kira tidak dapat dimuatkan kecuali ampunan Mu dan tiada apa yang dapat menghapuskan (dosa) kecuali kemaafan Mu, dan tidak dapat menutupnya kecuali perlepasan darimu dan kelebihan Mu dan berilah kepadaku pada hariku ini dan malamku ini, dan jam aku ini, dan bulanku ini dan tahunku ini, suatu keyakinan yang benar yang boleh mempermudah (meremehkan) atasku segala malapetaka dunia dan akhirat dan kedukaan keduanya

Tidak ada komentar:

Posting Komentar