Halaman

Minggu, 25 September 2011

ANTARA SEBAB-SEBAB PERBEZAAN PENDAPAT PARA ULAMA MUKTABAR


MUQADDIMAH

1. PERBEZAAN QIRAAT اختلاف القراءات
Contoh : Basuh kaki atau sapu kaki ketika wudhuk.
Firman ALLAH :
يا أيها الذين آمنوا إذا قمتم إلى الصلاة فاغسلوا وجوهكم وأيديكم إلى الـمرافق وامسحوا
برؤوسكم وأرجلَِكم إلى الكعبين (الـمائدة : 6)
Nafi’, Ibnu A’mir dan Kisaii membaca secara ‘nasab’ sementara Ibnu Kathir, Abu A’mru dan Hamzah membaca secara ‘jarr’. Bacaan nasab mewajibkan kaki dibasuh kerana ia dia’tafkan (عطف) kepada وجوهكم. Manakala bacaan jar mensyaratkan sapu sahaja.

Terdapat empat belas qiraat. Yang tahqik ialah mutawatirnya qiraat yang sepuluh .

2. BERHUJJAH DENGAN QIRAAT SYAZ الاحتجاج بالقراءة الشاذة
Al-Quran ialah :
- ما نقل إلينا بين دفتي الـمصحف تواترا
- الـمنزل على الرسول الـمكتوب فى الـمصاحف الـمنقول عنه عليه الصلاة والسلام نقلا متواترا بلا شبهة

Dalam keadaan ini, bolehkah berhujjah dengan qiraat syaz. Mazhab Hanafi menjadikan qiraat syaz sebagai hujjah. Imam Nawawi berpendapat bahawa ia tidak menjadi hujjah dalam mazhab Syafii.

Contoh : Wajib qada puasa Ramadhan secara berturut-turut.
Apabila seseorang tidak berpuasa pada bulan Ramadhan beberapa hari kerana sakit atau musafir, adakah wajib dia mengqadakannya secara berturut-turut atau boleh diqadakan tanpa berturut? Mazhab Hanafi dan sesetengah ahli mazhab Zahiri mewajibkan qada secara berturut. Dalil mereka ialah qiraat syaz yang berbunyi :
فمن كان منكم مريضا أو على سفر فعدة من أيام أخر متتابعات
Bacaan ini adalah bacaan Ubai bin Ka’ab .
Jumhur ulama berpendapat tidak wajib kerana lafaz متتابعات adalah qiraat syaz. Dalam Quran yang mutawatir hanya berbunyi :
فمن كان منكم مريضا أو على سفر فعدة من أيام أخر ( البقرة : 184 )

Qiraat syaz di sisi sebahagian para ulama adalah setaraf dengan hadis Aahad حديث الآحاد . Imam Sarakhsi berkata :
نحن ما أثبتنا بقراءة ابن مسعود كون الزيادة قرآنا ، وإنما جعلنا ذلك بمنزلة خبر رواه عن رسول الله صلى الله عليه وسلم ، لعلمنا أنه ما قرأ بها إلا سماعا من رسول الله صلى الله عليه وسلم ، وخبره مقبول فى وجوب العمل به ... .


3. TIDAK SAMPAI HADIS KEPADA MUJTAHID. عدم بلوغ الحديث إلى المجتهد

Contoh : Abu Bakar as-Siddiq apabila diajukan soalan tentang harta pusaka untuk nenek, beliau menjawab :
ما لك فى كتاب الله من شىء ، وما علمت لكِ فى سنة رسول الله صلى الله عليه وسلم من شىء ، ولكن أسأل الناس
Ertinya : Tidak ada bagi kamu sesuatu di dalam Quran, dan tidak aku ketahui bagi kamu sesuatu di dalam sunnah nabi s.a.w. akan tetapi aku akan bertanya orang lain.

Selepas itu bangunlah al-Mughirah ibnu Syuk’bah dan Muhammad ibnu Maslamah dan bersaksi bahawa Nabi s.a.w. memberikan kepada nenek satu perenam.

Contoh : Umar al-Khattab telah tiba di satu tempat bernama Sarag سرغ dan diberitahu tentang wabak taun di Syam. Beliau bermesyuarat dengan para sahabat tentang wabak tersebut samaada hendak meneruskan perjalanan atau berpatah balik. Masing-masing memberikan pendapat tanpa menyebut sunnah nabi dalam kes ini. Akhirnya datanglah Abdul Rahman ibnu A’uf lalu berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda :
إذا سمعتم به بأرض فلا تقدموا عليه ، و إذا وقع بأرض وأنتم بها فلا تخرجوا فرارا منه
Ertinya : Jika kamu mendengar berita wabak taun di sesuatu tempat sedangkan kamu tidak berada di sana maka janganlah kamu pergi ke sana. Dan apabila berlaku wabak taun di sesuatu tempat sedangkan kamu berada di dalamnya maka janganlah kamu keluar lari daripadanya .

Contoh : Abu Hurairah berpendapat tidak harus bagi orang yang berjunub ketika subuh untuk berpuasa. Pendapat ini dibantah oleh isteri nabi s.a.w. Aishah yang menceritakan bahawa Nabi masih berjunub ketika subuh. Walaupun begitu, baginda terus berpuasa .


4. HADIS SAMPAI KEPADA MUJTAHID TETAPI IA TIDAK SABIT DI SISINYA.
أن يكون الحديث قد بلغ المجتهد لكنه لم يثبت عنده

Sebab ini berkaitan perawi hadis atau sanad hadis. Oleh kerana hadis itu tidak sabit di sisinya, mereka tidak beramal dengan hadis tersebut.
Contoh : Wanita yang bercerai secara baain, adakah wajib nafkah atau tidak. Dalam kes ini, Umar al-Khattab berpendapat bahawa bagi wanita itu nafkah dan tempat tinggal. Ini berdasarkan ayat Quran :
يا أيها النبي إذا طلقتم النساء فطلقوهن لعدتهن وأحصوا العدة واتقوا الله ربكم لا تخرجوهن من بيوتهن ولا يخرجن إلا أن يأتين بفاحشة مبينة
Ayat ini mewajibkan tempat tinggal bagi wanita yang diceraikan. Oleh kerana itu, dia juga berhak mendapat nafkah. Umar melihat ayat ini umum untuk kes perceraian. Walaupun hadis tentang Fatimah binti Qais telah sampai kepada beliau, tetapi beliau menolak hadis tersebut kerana tidak yakin dengan riwayat tersebut. Hadis tentang Fatimah itu ada dalam Sahih Muslim. Juga terdapat dalam Sahih Muslim perkataan Umar al-Khattab yang menolak riwayat tersebut. Umar berkata :
لا نترك كتاب الله وسنة نبينا لقول امرأة لا ندري لعلها حفظت أو نسيت ، لها السكنى والنفقة........


5. LAFAZ PERKATAAN HADIS.
الاشتراك فى اللفظ أو عدم معرفة المجتهد بدلالة الحديث لكون اللفظ الذى فى الحديث غريبا عنده

Contoh : Iddah wanita yang ada haid ialah tiga quruk. Firman ALLAH :
والـمطلقات يتربصن بأنفسهن ثلاثة قروء ( البقرة : 228 )

Ulama berbeza pendapat kerana lafaz ‘quruk’ قروء mempunyai dua makna iaitu haid dan suci. Aishah dan Ibnu Umar berpendapat bahawa ia bermakna suci. Pendapat ini disokong oleh Malik, Syafii dan Ahmad pada satu riwayat. Sementara Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali berpendapat ia ada haid. Abu Hanifah memilih pendapat ini.



6. WUJUD DALIL-DALIL YANG BERTENTANGAN
تعارض الأدلة فيما يتراءى لنا

Contoh : Nikah orang muhrim.
Imam Malik, Syafii dan Ahmad berpendapat bahawa tidak sah pernikahan orang yang sedang ihram. Ini berdasarkan hadis :
لا يَنْكِح الـمُحْرِم ولا يُنْكِح ولا يخطب
Ertinya : Orang yang ihram tidak berkahwin dan tidak mengahwinkan dan tidak meminang .

Abu Hanifah berpendapat bahawa ia adalah harus. Ini kerana ada pula hadis menceritakan bahawa nabi s.a.w. berkahwin ketika ihram. Daripada Ibnu Abbas beliau berkata :
تزوج رسول الله صلى الله عليه وسلم ميمونة وهو محرم
Ertinya : Nabi s.a.w. bernikah dengan Maimunah sedang baginda masih ihram .

Contoh : Membaca Basmalah secara jahr (kuat) ketika solat.
Di Malaysia, rata-rata umat Islam menyaringkan bacaan Basmalah ketika solat Subuh, Maghrib dan Isyak. Di tempat lain, sebahagian umat Islam membaca Basmalah secara sirr (perlahan). Ada hadis yang bertentangan dalam kes ini.
Hadis tidak menyaringkan bacaan Basmalah ialah :
عن أنس بن مالك قال : صليتُ مع النبي وأبي بكر وعمر وعثمان فلم أسمع أحدا منهم يقرأ بسم الله الرحمن الرحيم رواه أحمد ومسلم ، وفى لفظ : صليتُ خلف النبي وأبي بكر وعمر وعثمان فكانوا لا يجهرون ببسم الله الرحمن الرحيم . رواه أحمد والنسائي بإسناد على شرط الصحيح ،...

Antara ulama yang berpendapat sedemikian ialah Abu Hanifah dan Ahmad. Ada pun hadis menyaringkan bacaan ialah :
وعن قتادة قال : سئل أنس كيف كان قراءة النبي ؟ فقال : كانت مدا ثم قرأ بسم الله الرحمن الرحيم يمد ببسم الله ويمد بالرحمن ويمد بالرحيم . رواه البخاري .

Dalam mencari jalan tengah bagi masalah ini, Imam as-Syaukani membuat kesimpulan setelah membahaskan secara mendalam dengan berkata :
واعلم أن الأمة أجمعت أنه لا يكفر من أثبتها ولا من نفاها لاختلاف العلماء فيها بخلاف ما لو نفى حرفا مجمعا عليه أو أثبت ما لم يقل به أحد فإنه كفر بالإجماع.............. فليس شيء من الجهر وتركه يقدح فى الصلاة ببطلان بالإجماع فلا يهولنك تعظيم جماعة من العلماء لشأن هذه الـمسئلة والخلاف فيها ولقد بالغ بعضهم حتى عدها من مسائل الخلاف.



7. BERHUJJAH DENGAN HADIS MURSAL الاحتجاج بالحديث الـمرسل
Hadis Mursal bermaksud :
وأما الـمرسل عند الفقهاء وأصحاب الأصول ... ما انقطع إسناده على أي وجه كان انقطاعه... وقال جماعات من المحدثين أو أكثرهم لا يسمى مرسلا إلا ما أخبر فيه التابعي عن رسول الله .

Dalam berhujjah dengannya, Mazhab Hanafi berhujjah dengannya. Imam Syafii tidak berhujjah dengan hadis mursal melainkan cukup syarat-syarat tertentu.
Contoh : Batal wudhuk ketika bersentuhan antara lelaki dan wanita.
Mazhab Hanafi berpendapat tidak batal. Dalil mereka adalah hadis Ibrahim at-Taimi daripada Aishah :
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يقبل بعض أزواجه ثم يصلي ولا يتوضأ. رواه أبو داود والنسائي. قال أبو داود : هو مرسل . إبراهيم التيمس لم يسمع من عائشة.
Mazhab Syafii berpendapat bahawa persentuhan kulit lelaki dan wanita bukan mahram membatalkan wudhuk. Ini kerana hadis tersebut adalah hadis mursal. Imam as-Syaukani berkata :
ورواه الشافعي من طريق معبد بن نباتة عن محمد بن عمر عن بن عطاء عن عائشة عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه كان يقبل بعض نسائه ولا يتوضأ ) قال : ولا أعرف حال معبد فإن كان ثقة فالحجة فيما روي عن النبي صلى الله عليه وسلم.... .


8. ANTARA ZAHIR HADIS DAN MAQASID HADIS.

Contoh : Nabi s.a.w. memerintahkan para sahabat agar pergi dan bersolat Asar di tempat Bani Quraizah pada perang Ahzab dengan bersabda :
لا يصلين أحد منكم العصر إلا في بني قريظة
Para sahabat segera bertolak ke sana. Di pertengahan jalan masuk waktu solat asar. Sebahagian sahabat meneruskan perjalanan dan tidak bersolat asar pada waktu tersebut dengan melihat kepada zahir hadis. Sebahagian sahabat lagi bersolat asar dengan bukti bahawa Nabi s.a.w. hanya ingin kita bersegera ke sana. Mereka melihat kepada maqasid hadis.

Ini adalah sebahagian daripada sebab-sebab kenapa berlaku perbezaan pendapat para ulama. Sebab-sebab ini berkaitan secara langsung dengan Quran dan hadis Nabi s.a.w. Ini tak termasuk sebab dalam masalah usl fiqh lagi.

Rujukan :

1. Ibnu Taimiyyah, رفع الـملام عن الأئمة الأعلام , دار القلم للتراث.
2. Ibnu Qayyim, إعلام الـموقعين عن رب العالمين , مكتبة الإيمان, 1999, cet 1.
3. Sahih Bukhari, فتح الباري بشرح صحيح البخاري, دار الحديث, 1998, cet 1.
4. Sahih Muslim, شرح صحيح مسلم , دار الخير, 1998, cet 4.
5. As-Syaukani, نيل الأوطار شرح منتقى الأخبار من أحاديث سيد الأخيار , دار الحديث, 1998, cet 5.
6. As-Sarakhsi, أصول السرخسي , دار الـمؤيد, 1997, cet 1.
7. Az-Zarqaani, مناهل العرفان في علوم القرآن , الـمكتبة العصرية, 1996, cet 1.


sumber : http://www.bicarasufi.com/bsc/viewtopic.php?t=14424

Tidak ada komentar:

Posting Komentar