Halaman

Minggu, 25 September 2011

Dhikrullah Antara Sunnah Dan Bid'ah 1


1. Pengenalan
Antara berbagai ilmu dan amalan yang disyariatkan Allah dengan jelas ialah ilmu dan amalan dhikrullah.  Wujudnya dalam Islam tidak boleh diragukan, apatah lagi untuk ditolak atau dinafikan. Penolakan dan penafiannya bermakna tidak percaya, tidak beriman terhadap beberapa ayat al-Quran yang menyuruh supaya memperbanyakkan dhikrullah, ayat-ayat yang menjelaskan kebaikannya, kepentingannya, contoh amalannya dan ayat-ayat lain yang berkaitan dengannya.  Penolakannya juga bermakna tidak mempercayai kebenaran hadith-hadith Nabi dan hadith-hadith Qudsi yang menyentuh ilmu dan amalan dhikrullah.
Ketulenan atau kesahihan ilmu dan amalan dhikrullah seperti juga berbagai ilmu dan amalan lainnya bukan hanya dapat dibuktikan menerusi al-Quran dan hadith Nabi s.a.w tetapi juga dapat dipastikan menerusi latarbelakang sejarahnya sejak zaman awalnya (zaman Nabi s.a.w) hinggalah ke hari ini.
Hubungan dengan ilmu tasawwuf sangat erat kerana dhikrullah juga dianggap sebagai satu unsur yang menjiwai ilmu tasawwuf dan prinsipnya yang utama.  Demikian juga hubungannya dengan ilmu tauhid, kerana ianya dianggap sebagai jalan cepat dan dekat untuk sampai ke ma'rifah.  Malahan dhikrullah adalah menjadi asas dan gandingan yang tidak boleh dipisahkan dari amalan tafakkur, tadhakkur, tafahhum dalam kesungguhan mujahadah seseorang hamba untuk mengenal Allah dan masuk ke dalam khadratnya secara dhawqi sesudah mengenainya secara sama'ie.
Wujudnya berbagai tarekat yang diamalkan oleh umat Islam di seluruh dunia adalah berasal dari ilmu dan amalan dhikrullah ini yang mana pernah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada sesetengah sahabat secara khusus sehingga timbulnya di zaman kemudian dalam tasawwuf dua jenis dhikrullah; dhikir darajat dan dhikir hasanat.  Bangunlah para mujtahid suflyah menumpukan usaha mereka secara khusus dalam ilmu dan amalan dhikrullah dengan digariskan berbagai adab dan kaedah amalannya yang akhirnya ilmu dan amalan dhikrullah yang diijtihadkan itu dinisbahkan kepada namanya.  Maka wujudlah berbagai nama tarekat Naqshabandiyah, Qadiriyah, Ahmadiyah, Satariyah, Shadhaliyah, Rifl'iyah, dan sebagainya lagi.  Berbagai aliran tarekat tersebut dari satu sudut samalah juga seperti wujudnya berbagai madhhab feqah; Hanafl, maliki, Shafl'e dan Hanbali.
Kini zaman Nabi s.a.w telah berlalu lebih dari 14 abad yang bermakna banyak ilmu yang hilang berikutan kewafatan para ulamak.  Tidak semua yang mereka ketahui, fahami dan amalkan dapat kita warisi sepenuhnya.  Abu Talib Makki (W. 386 H) dalam kitabnya, Qutul-Qulub menyatakan bahawa di abad ke 4 hijrah telah berlaku salah faham umat Islam mengenai berbagai amalan Islam sehingga sesetengah amalan yang diamalkan oleh orang ramai telah lari jauh dari kebenaran.  Pengkhususan dalam pengajian Islam menyebabkan kebanyakan ulamak sekarang hanya dapat mengetahui dan memahami sesuatu bidang pengajian sahaja.  Semua faktor-faktor tersebut disamping berbagai faktor lain menyebabkan ilmu dan amalan dhikrullah menjadi luput secara beransur-­ansur.  Akhirnya ianya menjadi satu amalan yang paling kontroversi dan selalu dihubungkan dengan amalan bid'ah dan sesat.
Syaitan yang menjadi musuh ketat manusia memang sentiasa menyesatkan manusia.  Syaitan mengadakan berbagai ilmu dan amalan tiruan atau mencampur-adukkan unsur-unsur batil dalam ilmu dan amalan Islam.  Yang menjadi mangsa ialah mereka yang jahil dan yang tidak ikhlas.  Faktor tersebut menyebabkan ilmu dan amalan dhikrullah mudah bertukar dari sunnah kepada bid'ah, dari hak kepada batil.  Disebabkan kejahilan juga maka amat sukar untuk menentukan yang hak dan yang batil, sunnah dan bid'ah. Akhirnya kita ambil jalan mudah dengan menolak semua jenis amalan dhikrullah, semua tarekat, walaupun ada di sudut hati kesedaran adanya tarekat mu'tabarah.  Dengan kurnia, rahmat dan hidayat Allah semoga kertas kerja ini dapat menjelaskan dan memberikan garis panduan dalam usaha kita memelihara kebenaran ilmu dan amalan dhikrullah dan berbagai tarekat suflyah.
2. Perintah dan Peringatan Allah Mengenai Dhikrullah
 
Dalam al-Quran terdapat bukan hanya ayat-ayat yang memerintahkan supaya berdhikrullah, tetapi juga ayat-ayat yang mejelaskan cara berdhikrullah, kelebihan atau kebaikan dhikrullah, golongan orang-orang yang berdhikrullah dan ciri-ciri mereka, amaran Allah terhadap orang yang melupakannya dan berbagai ayat lain yang ada kaitan dengan dengan ilmu dan amalan dhikrullah tersebut. Semua ayat-ayat yang menyentuh perkara yang disebutkan menjelaskan dengan terang bahawa ilmu dan amalan dhikrullah adalah disyariatkan oleh Allah. Antara ayat yang memerintahkan supaya kita berdhikrullah ialah :



Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya; Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang.
(Surah al-Ahzab, ayat 41 - 42)

Firman Allah;


Maksudnya:
Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang;
(Surah Al-Dahr (Al-Insaan), ayat 25)



Maksudnya:
Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
(Surah Al-Muzammil, ayat 8)

Dhikrullah yang dimaksudkan dalam tiga-tiga perintah Allah dalam ayat di atas ialah bertasbih, bertahlil, bertakbir, menyebut dan mengingati nama-nama Allah dan sebagainya.  Dalam al-Quran sememangnya kalimah aldhikr () digunakan dengan berbagai maksud dan makna, yang lain daripada mengingati dan menyebut nama Allah S.W.T. Misainya firman Allah;


Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),
(Surah Al-Jumu'ah, ayat 9)
Dhikrullah dalam ayat diatas bermaksud sembahyang Jumaat kerana ada qarianah atau keterangan yang menunjukan makna demikian iaitu(). Demikian juga firman Allah;


Maksudnya:
'Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.
(Surah Al-Hijr, ayat 9)
Al-dhikr dalam ayat ini bermakna al-Quran disebabkan didahului perkataan () kami turunkan. Demikian juga firman Allah


Maksudnya:
Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui.
(Surah An-Nahl, ayat 43)
Al-dhikr dalam ayat tersebut bermakna ilmu. Adanya kalimah dhikrullah dan al-dhikr yang digunakan dalam al-Quran dengan berbagai maknanya tersebut tidaklah bermakna bahawa Allah tidak ada mensyariatkan ilmu dan amalan dhikrullah sehingga kita tidak boleh mengamalkan tahlil, tahmid, tasbih, takbir, menyebut dan mengingati nama-nama Allah Kita juga tidak boleh beranggapan bahawa bila kita telah mengerjakan sembahyang atau membaca al-Quran, atau mengerjakan haji atau umrah atau bersedekah kita telah berdhikrullah- sudah mengingati Allah.
Mengikut kaedah bahasa bila sesuatu kalimah atau perkataan memberikan berbagai makna seperti itu, maka makna yang digunakan ialah makna yang selalu digunakan pada kebiasaannya dan makna-makna lainnya itu boleh digunakan bila ada qarinah lafziyah atau qarinah halliyah, seperti ketiga-tiga ayat di atas.  Kalimah al-dhikr atau dhikrullah pada kebiasaan penggupaannya bermakna dhikrullah secara haqiqi.
Kesimpulannya ialah ilmu dan amalan dhikrullah seperti yang difahami dan diamalkan dalam tasawwuf itu adalah disyariatkan.  Seseorang yang telah melakukan ibadat sembahyang atau bersedekah atau berpuasa dan sebagainya tidak dianggap ia telah berdhikrullah sebagaimana yang diperintahkan.  Sebab itu Allah menyebutkan dhikrullah dan sembahyang itu secara berasingan dalam firmannya


Maksudnya:
Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?
(Surah Al-Maa'idah, ayat 91)

Allah juga berfirman


Maksudnya
Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring.
(Surah al-Nisaa', ayat 103)

Adanya hadith-hadith yang menjelaskan kelebihan dan kebaikan dhikrullah dan hadith-hadith yang berkaitan dengannya sebahagiannya akan dipaparkan di bawah ini nanti memperkukuhkan lagi wujudnya ilmu dan amalan dhikrullah.
Berdasarkan ayat 41 surah al-Ahzab diatas kita orang-orang mukmin diperintah supaya mengamalkan dhikrullah sebanyak-sebanyaknya.  Maka wujudlah berbagai keterangan yang dibuat oleh para ulamak berhubung dengan dhikr banyak-banyak ini.  Setengahnya menegaskan bahawa dhikr sebanyak-banyaknya itu tercapai bila orang yang berdhikrullah itu hanya ingat Allah sahaja sehingga tidak ingat yang lain.
Sebagai salah satu kaedah latihan para murid yang belum dapat dan mencapai taraf dhikr banyak-banyak itu maka sesetengah shaikh dalam sesetengah tarekat menentukan bilangan dhikrullah yang sepatutnya mereka amalkan pada setiap hari atau waktu tertentu.  Oleh yang demikian bilangan dhikr yang terdapat dalam tarekat bukan bid'ah tetapi memang didasarkan kepada syari'at yang telah diijtihadkan oleh sesetengah ulamak.  Dari pengalaman para shaikh mendapati bilangan- bilangan yang mereka tentukan itu dapat membantu para murid untuk tekun dan bersungguh-sungguh berdhikrullah sehingga akhirnya mereka dapat mencapai apa yang dimaksudkan dengan dhikrullah sebanyak- banyaknya.  Sebab itu bila seseorang murid itu telah mencapai satu tingkat tertentu maka bilangan-bilangan yang ditentukan itu tidak penting dan tidak perlu dititik beratkan lagi.  Kesimpulannya bilangan dhikr yang ada dalam tarekat bukanlah bid'ah yang sesat dan terkeluar dari syariat Islam.
 
3. Amaran Terhadap Mereka Yang Tidak Berdhikr
 
Allah melarang kita, orang yang beriman daripada bersifat dan bersikap seperti orang-orang fasik yang melupakan Allah. Sebab lalai dan tidak ingat Allah itu sifat yang sangat buruk. Allah berfirman;


Maksudnya:
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik-derhaka.
(Surah al-Hasyr, ayat 19)

Allah melarang kita dari bersifat lalai (ghaflah) dengan firmannya;


Maksudnya
.... dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.
(Surah al-A'raaf, ayat 205)

Sifat ghaflah sangat buruk, boleh merendahkan taraf manusia menjadi lebih rendah dari taraf binatang ternak. Allah berfirman;


Maksudnya
.... mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
(Surah al-A'ra'af, ayat 179)

Allah mencela orang-orang munafik ker-ana bila mereka bangun sembahyang dalam keadaan malas bersifat riya' dan mereka tidak berdhikrullah kecuali sangat sedikit.  Firman Allah;


Maksudnya
.... dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).
(Surah an-Nisaa, ayat 142)

Abu Dawud dan Muslim ada meriwayatkan hadith yang berasal dari Abu Hurairah (r.'a.)


Maksudnya
"Tidak ada satu golongan manusia yang bangun dari sesuatu majlis yang tidak ada di dalamnya mengingati Allah kecuali mereka itu bangun (keadaan mereka) seperti bangkai himar. Adalah mereka itu rugi di hari kiamat nanti."

Shaikh Abu al-Hasan al-Shadhaii (w. 656H) berkata


Maksudnya
"Di antara tanda munafik ialah lidah berasa berat untuk berdhikr. Bertaubatiah kepada Allah, Allah akan meringankan dhikr di lidah anda."

4. Dhikr Ism Dhat Allah Dan Lain-Lainnya
Dari ayat 25 Surah al-Dahr(al-Insaan) dan ayat 8 Surah Muzammil di atas, jelas membuktikan bahawa dhikr Ism al-Dhat Allah, Allah... adalah disyari'atkan bukan bid'ah. Demikian juga dhikr dengan mana-mana asma' al-husna adalah dibolehkan, malahan Allah menegaskan dengan firmannya
Maksudnya:
"'Katakanlah (Ya Muhammad) Sebutlah Allah atau sebutlah al-Rahman.
Dengan nama yang mana kamu sebutkan, Allah mempunyai asma" husna (nama-nama yang terbaik).
(Surah al-Israa', ayat 110)
Allah berfirman
Maksudnya
"Katakanlah (Ya Muhammad) Allah, kemudian biarkan mereka (orang-orang kafir itu) bermain-main dalam gelanggang kesesatan mereka.  "
(Surah al-An'aam, ayat 91)
Nabi s.a.w juga pernah bersabda:
Maksudnya
"Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga di bumi ini tidak ada lagi disebut Allah, Allah (dan Allah tidak disembah)"

Menurut pandangan Shaikh al-Taiyibi bahawa hadith di atas bermakna hari kiamat tidak akan berlaku sehingga sampai satu zaman di mana tidak ada lagi manusia yang menyebut nama Allah dan tidak ada yang menyembah atau mentaatinya.('Ali al-Qaric, Mu'qqat al-Mafatih, Jld. 5, h. 226)
Dari fakta di atas maka dhikr Ism Dhat Allah," Allah", itu disyariatkan.  Nyatalah kesalahan dan kesilapan pandangan mereka yang selalu mengkritik amalan dhikr, "Allah, Allah" itu.  Sebutan Allah, Allah tidak dalam ayat yang lengkap ( ) seperti Allahu Akbar dan sebagainya. Memang pada zahirya ucapan kalimah Allah, Allah itu semacam bukan jumlah mufidah tetapi pada hakikatnya bagi orang yang berdhikr sebutan itu telah menjadi jumlah mufidah, kerana orang yang berzikir itu akan menyertakan muraqabah atau tafakkur terhadap mana-mana dari berbagai sifat-sifat Allah.  Misal wujudNya keagonganNya atau kesempurnaanNya dan sebagainya lagi.
Malahan kebanyakan ulamak tasawuf menegaskan kelebihan dan keistimewaan dhikr Ism Dhat Allah, Allah ini.  Ibn 'Ajibah menyebutkan "Al-Ism al-mufrad" (Allah) adalah sultan bagi nama-nama Allah iaitu nama Allah yang teragong.  Hendaklah simurid itu sentiasa menyebutnya dengan lidahnya sehingga nama Allah itu sebati dengan darah dagingnya dan meresap cahayaNya keseluruhan zahir dan batinnya dan setiap bahagian dirinya.  Sheikh Abu Qasim al-Junaidi pula menyebutkan:
"Orang (yang benar-benar) dapat mengingati nama ini (Allah) hilang rasa wujud diri, erat hubungannya dengan Tuhannya, sentiasa melaksanakan hak Tuhannya, hatinya sentiasa memandangNya, berbagai nur shuhud (yang Allah kurniakan) menghapuskan berbagai sifat-sifat jahatnya."

Adapun dhikr  atau dhikr tahlil sememangnya sangat jelas menjadi dhikr yang disyari'atkan juga kepada para nabi sekeliannya.  Rasulullah s.a.w pernah bersabda sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Tibrani
Maksudnya:
"Sebaik-baik yang aku ucapkan dan para nabi sebelumku ialah 

Dalam al-Quran kalimah  ini dikenali sebagai Kalimah Tayyibah, Kalimah Taqwa, Qawl Thabit.  Dengan kalimah  inilah Allah meneguhkan kehidupan orang-orang mukmin, zahir dan batin mereka di dunia dan di akhirat.  Allah berfirman:
Maksudnya :
"Allah meneguhkan kehidupan (zahir dan batin/iman) orang- orang yang beriman dengan al-Qawl al-Thitab di dunia dan akhirat.'
(Surah Ibrahim, ayat 27)
Antara caranya untuk menguatkan iman dengan kalimah tersebut ialah dengan membanyakkan menyebut dan mengingati maksud, tujuannya.  Sebab itulah bila para sahabat bertanya kepada Rasulullah s.'a.w bagaimana caranya untuk menguatkan dan membaharui semangat iman, maka baginda bersabda:
Maksudnya
5. Dhikr Sirr dan Jihar
Al-Qur'an bukan hanya memerintahkan kita supaya berdhikrullah tetapi juga menjelaskan cara bagaimana dhikrullah itu dilakukan.
Misalnya dhikrullah itu hendaklah dilakukan secara jihar atau secara sir di dalam hati.  Allah berfirman :
Maksudnya
'Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut (kepadaNya) dan tanpa ada suara di pagi hari dan petang (sepanjang siang dan malam) dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang lalai.
(Surah Al-A'raf, ayat 205)
Menurut Shaikh Fakhr al-Din al-Razi dalam kitab tafsirnya, Mafatih al-Ghayib bahawa walaupun ayat ini asalnya ditujukan kepada Rasulullah s.'a.w namum mengikut maksud lafaz perkataan ayat di atas ditujukan juga kepada umatnya.  Oleh itu sayugialah umatnya melakukan dhikr sirr atau khafi ini.  Rasulullah s.'a.w sememangnya sentiasa berdhikir dalam hati.  Baginda pernah bersabda :
Maksudnya
'Sesungguhnya kedua-dua mataku menidurkan aku, padahalnya hatiku tidak tidur.'
Maksud hati nabi tidak tidur ialah hati baginda sentiasa berdhikrullah ketika baginda tidur. Berhubung dhikr jihar atau bersuara kuat Ibn Abbas pernah menyebutkan bahawasanya menguatkan suara dengan dhikrullah setelah mengerjakan sembahyang fardhu itu dilakukan di zaman Rasuluilah s.a.w, sehingga beliau akan dapat tahu mereka telah selesai menunaikan sembahyang fardhu dengan cara terdengar mereka berdhikrullah dengan suara kuat'.(Sahih Bukhari, Jilid 1:802; 803)
Timbullah masalah mana yang afdhal atau yang lebih baik, dhikr jihar atau sirr ?
Setengah ulamak tasawuf berpendapat bahawa dhikr jihar adalah lebih baik/afdhal.  Sebaliknya setengahnya berpendapat bahawa dhikr sirr lebih baik/afdhal kerana ianya tidak menimbulkan riyak, ujub dan tidak menganggu orang lain, terutamanya jika dilakukan di masjid atau sebagainya.  Lagi pun dhikr sirr itu boleh dilakukan terus-menerus dalam apa keadaan sekalipun sambil bekerja atau bercakap.
Al-Imam al-Nawawi pula berkata yang bermaksud :
"Dhikr itu ada kalanya di hati dan ada kalanya di lidah dan yang afdhalnya ialah dhikr di hati dan di lidah kedua-duanya sekali. Sekiranya dilakukan di salah satunya sahaja maka dhikr di hati itulah yang lebih afdhal
(Al-Futuhat al-Rabaniyyah, Jld. 1, h.108)
Terdapat hadith-hadith yang berlawanan, ada hadith yang menyebutkan bahawa dhikr sirr itu lebih afdhal dan ada juga hadith yang menyebutkan bahawa dhikr jihar itu lebih afdhal, kerana itu setengah ulamak dalam usaha mereka menyesuaikan hadith-hadith yang berlawanan tersebut supaya dapat diterima kebenaran semuanya dengan mengatanya bahawa yang mana satu yang lebih afdhal itu bergantung kepada seseorang yang melakukannya dan juga bergantung kepada suasana dan keadaan.  Jika seseorang itu perlu berdhikr kuat dan tidak menimbulkan gangguan serta lebih baik kesannya maka afdhallah baginya dhikr jihar/kuat suara.  Sebaliknya jika seseorang itu merasakan dengan dhikr sirr lebih baik dan lebih berkesan maka afdhal baginya dhikr sirr.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar