Halaman

Minggu, 25 September 2011

Dhikrullah Antara Sunnah Dan Bid'ah 2

Oleh:
Dr. Hj Jahid bin Hj Sidek

 
6. Hukum Dhirkullah dan Kedudukannya
Berdasarkan kepada beberapa ayat al-Qur'an yang memerintahkan orang-orang yang beriman supaya membanyakkan dhikrullah itu apakah hukumnya dhikrullah?  Adakah wajib atau sunat, fardhu atau nafilah?  Semua ulamak berpendapat hukumnya adalah sunat/nafilah. Bagaimanapun ianya boleh bertukar menjadi wajib musabbab iaitu bagi seorang yang sedar bahawa dirinya akan selamat dari kejahatan zahir dan batin hanya dengan jalan membanyakkan amalan dhikrullah atau terus menerus berdhikrullah, maka wajiblah dhikrullah ke atas orang tersebut.
Wajib musabbab ini adalah termasuk dalam kaedah ilmu usul fiqh yang menyebutkan:
Maksudnya:
"Sesuatu perkara yang menyebabkan sesuatu kewalipan tidak akan dapat disempurnakan kecuali dengannya, maka perkara tersebut (walaupun asalnya harus atau sunat) adalah wajib juga hukumnya."

Mencari tali dan baldi adalah harus, tetapi pada satu masa dalam satu keadaan tertentu iaitu jika tidak ada kedua-duanya air, tidak dapat diambil kerana perigi dalam.  Air tidak ada, wuduk tidak dapat dibuat dan sembahyang juga tidak dapat dilakukan.  Maka wajiblah bagi orang tersebut mencari tali dan baldi.  Ghaflah/lalai adalah salah satu punca kerosakan hati dan rohani manusia yang tidak mudah untuk menghapuskannya.  Orang-orang yang ghaflah (ghafilun) kedudukannya lebih buruk dari binatang ternak. (lihat surah Al-Araf, ayat 179).  Maka sesiapa yang sedar ghaflahnya tidak boleh hilang kecuali dengan dhikrullah maka wajiblah ia berdhikrullah.
Walaupun dhikrullah hukumnya sunat/nafilah dan hanya menjadi wajib jika ada sesuatu sebab, namun kedudukan dan peranannya sangat penting.  Setengah ulamak tasawwuf melihat kedudukannya dengan menghubungkannya dengan rukun Islam yang lima : Mengucap dua kalimah sahadah, sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, zakat dan menunaikan haji jika berkuasa. Oleh kerana dhikrullah itu ada hubungannya secara langsung dengan dua kalimah syahadah maka ianya sangat penting dan merupakan amalan nafilah/sunat yang paling utama dan paling afdal.  Keutamaanya bukan hanya disebabkan ada hubungannya dengan rukun Islam yang pertama, tetapi juga kerana dhikrullah itu dapat menguatkan iman, dapat meningkatkan ilmu dan kefahaman tauhid hingga sampai ke tingkat hakikat dan marifah, dapat juga memperbaiki sifat dan keadaan 'ubudiyyah kita dan sebagainya lagi.  Tegasnya dhikrullah adalah jalan mengenal Allah secara dhawqi.
Apabila Nabi Musa a.s. munajat kepada Allah agar Allah kurniakan satu amalan yang khusus kerana dirinya sebagai nabi dan rasul, maka Allah perintahkan supaya beliau menyebut-yebut . Nabi Musa 'a.s. menyatakan bahawa orang ramai yang beriman telah pun selalu menyebutnya.  Allah menegaskan kepada baginda dengan flrmannya yang bermaksud:
"Sekiranya langit dengan segala-isinya, bumi dengan segala isinya dan apa sahaja yang ada di antara langit dan bumi diletakkan di sebelah dacing dan kalimah  itu diletakkan di sebelah yang satu lagi, nescaya  itu lebih berat."
Pengalaman yang diialui oleh Nabi Musa 'a.s. tersebut dialami juga oleh Saidina "Ali. Beliau ragu-ragu bila Rasuluilah s.a.w. menyuruhnya supaya sentiasa berdhikrullah jika mahu cepat sampai kepada ma'rifatullah dan keredhaanNya.  Lalu beliau berkata
Maksudnya
"Orang ramai telah berdhikrullah ya Rasuluilah maka (ajarkan) aku sesuatu yang khusus."
Rasuluilah s.a.w. lantas bersabda:
Maksudnya:
"Perkara yang paling afdal yang aku ucapkan dan para nabi sebelumku ialah  sekiranya semua langit dan bumi ini berada di sebelah dacing dan  itu berada di sebelah yang satu lagi nescaya  itu lebih berat.  Dan hari kiamat tidak akan berlaku sedang di atas muka bumi ini yang menyebut ."
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Tarmidhi dan Ibn Majah, Rasulullah s.'a.w. menegaskan bahawa dhikrullah itu lebih baik dari amalan sedekah dan berperang melawan musuh.  Sabda baginda :
Maksudnya :
"Sukakah kamu akan beri tahu sebaik-baik amalan kamu dan sebersih-bersihnya di sisi Tuhan kamu, paling tinggi darjat kamu, lebih baik dari mendermakan emas dan perak lebih baik dari kamu menetak leher musuh mereka dan mereka menetak leher kamu?  Para sahabat menjawab : Bahkan (kami mahu mendengamya).  Baginda bersabda:"Dhikrullah."

7. Dhikr Ism Dhat Allah Dan Lain-Lainnya
Dhikruilah dan Khalwat
Amalan dhikruilah dan tafakkur/muraqabah yang dilakukan itu supaya dapat mencapai matiamatnya. (Antara matiamatnya ialah hilang ghaflah hati, sentiasa khudur ma'allah/sentiasa tenggelam dalam mengingati Allah dan sampai kepada hakikat dan makrifah.) Kerana itu maka Allah memerintahkan orang-orang mukmin supaya dhikruilah itu dilakukan sebanyak-banyaknya, sepanjang masa, siang dan malam, dalam apa juga keadaan, berdiri, duduk atau berbaring, di lidah dan dihati, dengan cara jihar dan sirr, seorang diri dan beijema'ah.  Sebagai satu cara yang benar-benar dapat menjamin tercapainya berbagai-bagai tujuan dhikruilah itu dengan lebih mudah, maka.Allah menjelaskan supaya dhikruilah itu dilakukan dalam keadaan dan suasana tabtil sebenar-benar tabtil.
Allah berfirman
A:       (A .4@
Maksudnya
@Sebutlah nama TuhanMu dan tabtillah kepada TuhanMu (Allah) dengan sebenar-benar tabtil.ff
Shaikh Ni'matuilah Mahmud al-Nakhjuwani dalam kitab tafsirnya, al Fawatih al-Ilahiyyah, (]Id.  II, h. 455) menerangkan bahawa maksud tabtfl dengan sebenar-benar tabtil dalam ayat tersebut ialah mengasingkan dan memutuskan hati seluruhnya untuk Allah-sahaja, benar-benar jauh dari semua perkara dan urusan yang menyibukkan hati sehingga hati kita
Maksudnya
.... dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).
(Surah an-Nisaa, ayat 142)

Abu Dawud dan Muslim ada meriwayatkan hadith yang berasal dari Abu Hurairah (r.'a.)


Maksudnya
"Tidak ada satu golongan manusia yang bangun dari sesuatu majlis yang tidak ada di dalamnya mengingati Allah kecuali mereka itu bangun (keadaan mereka) seperti bangkai himar. Adalah mereka itu rugi di hari kiamat nanti."

Shaikh Abu al-Hasan al-Shadhaii (w. 656H) berkata


Maksudnya
"Di antara tanda munafik ialah lidah berasa berat untuk berdhikr. Bertaubatiah kepada Allah, Allah akan meringankan dhikr di lidah anda."



Tidak ada komentar:

Posting Komentar