Halaman

Minggu, 25 September 2011

ANTARA SEBAB-SEBAB PERBEZAAN PENDAPAT PARA ULAMA MUKTABAR



1. PERBEZAAN QIRAAT اختلاف القراءات
Contoh : Basuh kaki atau sapu kaki ketika wudhuk.
Firman ALLAH :
يا أيها الذين آمنوا إذا قمتم إلى الصلاة فاغسلوا وجوهكم وأيديكم إلى الـمرافق وامسحوا
برؤوسكم وأرجَِلَِكم
"Wahai orang beriman, apabila kamu bangun untuk solat maka basuhlah muka kamu dan (basuhlah) dua tangan hingga siku, dan sapulah dengan kepala kamu dan (basuhlah/sapulah) kaki kamu...".

2. BERHUJJAH DENGAN QIRAAT SYAZ الاحتجاج بالقراءة الشاذة
Al-Quran ialah :
- ما نقل إلينا بين دفتي الـمصحف تواترا
- الـمنزل على الرسول الـمكتوب فى الـمصاحف الـمنقول عنه عليه الصلاة والسلام نقلا متواترا بلا شبهة
Ertinya : "Apa yg dipindahkan kepada kita sebagaimana ada dalam mushaf daripada Nabi s.a.w.secara mutawatir bila syubhah".

Dalil mereka ialah qiraat syaz yang berbunyi :
فمن كان منكم مريضا أو على سفر فعدة من أيام أخر متتابعات
"Maka sesiapa yg sakit atau musafir maka beberapa hari daripada hari lain berturut2.

Qiraat syaz di sisi sebahagian para ulama adalah setaraf dengan hadis Aahad حديث الآحاد . Imam Sarakhsi berkata :
نحن ما أثبتنا بقراءة ابن مسعود كون الزيادة قرآنا ، وإنما جعلنا ذلك بمنزلة خبر رواه عن رسول الله صلى الله عليه وسلم ، لعلمنا أنه ما قرأ بها إلا سماعا من رسول الله صلى الله عليه وسلم ، وخبره مقبول فى وجوب العمل به ... .
"Kami tidak menetapkan dengan bacaan Ibnu Masud keadaan tambahan itu sebagai Quran. Tetapi kami jadikan ia seperti hadis Aahad yg diriwayatkan daripada Nabi s.aw... kerana kita tahu bahawa Ibnu Masud tidak membaca demikian melainkan didengar daripada Nabi s.a.w. , dan khabarnya diterima pada wajib beramal dengannya".

3. TIDAK SAMPAI HADIS KEPADA MUJTAHID. عدم بلوغ الحديث إلى المجتهد

4. HADIS SAMPAI KEPADA MUJTAHID TETAPI IA TIDAK SABIT DI SISINYA.
أن يكون الحديث قد بلغ المجتهد لكنه لم يثبت عنده

Dalam kes ini, Umar al-Khattab berpendapat bahawa bagi wanita itu nafkah dan tempat tinggal. Ini berdasarkan ayat Quran :
يا أيها النبي إذا طلقتم النساء فطلقوهن لعدتهن وأحصوا العدة واتقوا الله ربكم لا تخرجوهن من بيوتهن ولا يخرجن إلا أن يأتين بفاحشة مبينة
"Wahai Nabi! Apabila kamu menceraikan isteri maka ceraikanlah mengikut iddah dan bertaqwalah kepada ALLAH. Janganlah kamu keluarkan mereka daripada rumah dan janganlah mereka keluar melainkan jika mereka melakukan sesuatu yg keji".

Umar berkata :
لا نترك كتاب الله وسنة نبينا لقول امرأة لا ندري لعلها حفظت أو نسيت ، لها السكنى والنفقة........
"Kami tidak meninggalkan kitab ALLAH dan sunnah Nabi kerana perkataan seorang wanita yang tidak kami ketahui samaad dia ingat atau lupa. Baginya rumah dan nafkah".

5. LAFAZ PERKATAAN HADIS.
الاشتراك فى اللفظ أو عدم معرفة المجتهد بدلالة الحديث لكون اللفظ الذى فى الحديث غريبا عنده

Contoh : Iddah wanita yang ada haid ialah tiga quruk. Firman ALLAH :
والـمطلقات يتربصن بأنفسهن ثلاثة قروء ( البقرة : 228 )
"Dan wanita yg diceraikan menunggu selama tiga quruk".


6. WUJUD DALIL-DALIL YANG BERTENTANGAN
تعارض الأدلة فيما يتراءى لنا

Contoh : Membaca Basmalah secara jahr (kuat) ketika solat.
Hadis tidak menyaringkan bacaan Basmalah ialah :
عن أنس بن مالك قال : صليتُ مع النبي وأبي بكر وعمر وعثمان فلم أسمع أحدا منهم يقرأ بسم الله الرحمن الرحيم رواه أحمد ومسلم ، وفى لفظ : صليتُ خلف النبي وأبي بكر وعمر وعثمان فكانوا لا يجهرون ببسم الله الرحمن الرحيم . رواه أحمد والنسائي بإسناد على شرط الصحيح ،...
"Daripada Anas bin Malik berkata : aku solat bersama Nabi, Abu Bakar, Umar dan Uthman. Aku tidak mendengar seorang pun membaca basmalah. (Riwayat Ahmad dan Muslim)...

Ada pun hadis menyaringkan bacaan ialah :
وعن قتادة قال : سئل أنس كيف كان قراءة النبي ؟ فقال : كانت مدا ثم قرأ بسم الله الرحمن الرحيم يمد ببسم الله ويمد بالرحمن ويمد بالرحيم . رواه البخاري .
"Qatadah berkata : "Anas ditanya tentang bacaan Nabi. Kata Anas : Bacaan Nabi panjang/sederhana. Kemudian beliau membaca basmalah ..." (Riwayat Bukhari).

Dalam mencari jalan tengah bagi masalah ini, Imam as-Syaukani membuat kesimpulan setelah membahaskan secara mendalam dengan berkata :
واعلم أن الأمة أجمعت أنه لا يكفر من أثبتها ولا من نفاها لاختلاف العلماء فيها بخلاف ما لو نفى حرفا مجمعا عليه أو أثبت ما لم يقل به أحد فإنه كفر بالإجماع.............. فليس شيء من الجهر وتركه يقدح فى الصلاة ببطلان بالإجماع فلا يهولنك تعظيم جماعة من العلماء لشأن هذه الـمسئلة والخلاف فيها ولقد بالغ بعضهم حتى عدها من مسائل الاعتقاد.
"Dan ketahuilah bahawa umat sepakat bahawa tidak kafir sesiapa yg menetapkannya atau menafikannya kerana perbezaan ulama. Ini tidak sama dengan menafikan satu huruf Quran atau menetapkan apa yg bukan Quran sebagai Quran maka ia kafir dengan ijmak ulama... Maka tidaklah nyaring bacaan atau tidak nyaring merosakkan dalam solat dengan batal dengan ijmak ulama. Maka janganlah engkau ditakuti dengan sebahagian ulama yg membesarkan masalah ini dan khilaf padanya. Dan ada sesetengah ulama terlalu melampau hingga menganggap masalah basmalah ini sebagai masalah aqidah.


7. BERHUJJAH DENGAN HADIS MURSAL الاحتجاج بالحديث الـمرسل
Hadis Mursal bermaksud :
وأما الـمرسل عند الفقهاء وأصحاب الأصول ... ما انقطع إسناده على أي وجه كان انقطاعه... وقال جماعات من المحدثين أو أكثرهم لا يسمى مرسلا إلا ما أخبر فيه التابعي عن رسول الله .
"Adapun mursal disisi fuqaha dan ulama usul... apa yg terputus sanad dalam apa jua keadaan... dan sebahagian ulama hadis berkata hadis mursal ialah apa yg diceritakan oleh tabiin daripada Nabi tanpa ada sahabat".
Dalil mereka adalah hadis Ibrahim at-Taimi daripada Aishah :
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يقبل بعض أزواجه ثم يصلي ولا يتوضأ. رواه أبو داود والنسائي. قال أبو داود : هو مرسل . إبراهيم التيمس لم يسمع من عائشة.
Mazhab Syafii berpendapat bahawa persentuhan kulit lelaki dan wanita bukan mahram membatalkan wudhuk. Ini kerana hadis tersebut adalah hadis mursal. Imam as-Syaukani berkata :
ورواه الشافعي من طريق معبد بن نباتة عن محمد بن عمر عن بن عطاء عن عائشة عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه كان يقبل بعض نسائه ولا يتوضأ ) قال : ولا أعرف حال معبد فإن كان ثقة فالحجة فيما روي عن النبي صلى الله عليه وسلم.... .


8. ANTARA ZAHIR HADIS DAN MAQASID HADIS.

Contoh : Nabi s.a.w. memerintahkan para sahabat agar pergi dan bersolat Asar di tempat Bani Quraizah pada perang Ahzab dengan bersabda :
لا يصلين أحد منكم العصر إلا في بني قريظة
"Janganlah seseorang kamu solat asar melainkan di tempat Bani Quraizah". 


sumber : http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=3027113908735253517

Tidak ada komentar:

Posting Komentar