Telah berkata sebahagian para `ulama:
Sesungguhnya waswasah itu diuji dengannya bagi orang yang sempurna imannya. Maka sesungguhnya pencuri itu tidaklah mahu(tidak bermaksud untuk mencuri) pada rumah yang kosong atau dibiarkan roboh.
(Syamsul-Ma'aarif Al-Kubroo, juzu` 2, halaman 212.
susunan Al Imam Ahmad bin `Ali Al-Buuniyy.)
Daripada keterangan di atas, nyatalah mereka yg diuji dengan waswas(waswasah) itu adalah orang yg sempurna imannya. Dan pencuri itu tidak mahu mencuri rumah yg kosong (atau yg ditinggalkan kosong). Rupa2nya mereka yang sering mengalami waswas itu adalah orang yg kuat imannya. Kerana itu pencuri (syaitan) sering datang mengganggunya. Kalau hatinya kosong atau tidak sempurna imannya, maka pencuri(syaitan) tidak bermaqsuud atau berniat memberikan gangguan yg hebat kepadanya. Makin kuat imannya, maka makin kuatlah bala tentera pencuri untuk mencuri (meroboh/ mengganggunya). Makin kosong imannya, makin kurang perhatianlah gangguan yg dibuat oleh pencuri/ pengganggu/pengacau/ syaitoon itu kepadanya. susunan Al Imam Ahmad bin `Ali Al-Buuniyy.)
Contoh yang mudah. Kalau rumah itu biasa-biasa saja, pencuri pun peringkat biasa-biasa saja. Kalau rumah itu meningkat kecanggihan dan kekayaan di dalamnya, maka pencuri yang akan datang pun tentulah pencuri yg lebih hebat lagi. Kalau rumah/bangunan itu sebuah bank (penuh berisi dgn duit), maka tentulah pencuri peringkat yg lebih professional akan datang.
Berikut adalah beberapa panduan :
Panduan Satu
Telah berkata sebahagian para 'ulama': Adalah mustahabb (digalakkan sangat) untuk mengucap/ menyebut kalimah LAAILAAHA ILLALLOOH bagi mereka yang diuji atau dicuba dengan waswasah ketika wudhu` dan ketika solat dan sepertinya. Maka sesungguhnya syaitoon itu apabila telah mendengar akan dzikir maka ia menjadi tertinggal dan terlambat, dan LAA ILAAHA ILLALLOOH itu adalah kepala dzikir.
Lantaran itulah pemimpin (keruhanian) telah memilih jalan saalikiin (toriiqotas-saalikiin) dan pendidikan muriidiin (ta`diibal-muriidiin) dengan ucapan/kalimah LAA ILAAHA ILLALLOOH bagi ahli-ahli kholwat dan pemimpin tersebut menyuruh mereka (para murid/muriidiin atau mereka yg dipimpin) supaya bermudaawamah (berkekalandan mengerjakan selalu) di atasnya. Dan kata mereka (mafhuumnya) :
ANFA'U `ILAAJIN LII DAF'IL-WASWAASI AL-IQBAALU `ALAA DZIKRILLAAHI, AL-IKTHAARU MINHU
[Pengertiannya kira2 : SEMUNAFA'AT-MUNAFA'AT UBAT BAGI MELAWAN ATAU MENOLAK WASWAAS ADALAH MENERUSI Al-IQBAAL (MEMBERIKAN PERHATIAN, MENETAPI DAN MELAZIMKAN) ATAS DZIKRULLOOH, (YA'NII) MEMPERBANYAKKAN DZIKRULLOOH].
Telah berkata Asy-Syeikh Ahmad Al-Khowaarizmiyy : Daku telah mengadu kepada Abuu Sulaimaan Ad-Daarooniyy akan al-waswaas, maka jawab beliau : Apabila dikau mahu supaya waswaas itu terhenti (putus) daripadamu pada mana-mana waktu pun maka dikau perelokkan dengannya, maka apabila engkau telah merasa gembira dengannya maka terhentilah (terputuslah)ianya daripadamu, maka sesungguhnya ia adalah sesuatu yg paling dibenci di atas kegembiraan muslim mu`min, maka apabila dikau (mengalami) banyak dan berlama-lama dengannya maka nescaya ia akan menambahkan (pahala dan hasanah) mu. Dan telah berkata Asy-Syeikh Muhyiddiin : Dan ini adalah mengukuhkan lagi akan apa yang telah dikatakan oleh sesetengah para `ulamaa` jhk bahawa al-waswasah itu diuji dengannya akan orang yg sempurna imannya, maka sesungguhnya pencuri itu tidak bermaqsud (berkehendak) untuk mencuri (di dalam)rumah yang kosong.
[Syamsul-Ma'aarif Al-Kubroo, halaman 212].
Panduan Dua
Kaedah kedua untuk melawan waswaas ini adalah seperti berikut: drp Abuu Ad-Dardaa` r.a. katanya bahawa barangsiapa membaca 7 kali setiap hari akan ayat FAINTAWALLAU………….sampai akhir (Suuroh At-Taubah : 129) nescaya Allooh swt mencukupi akan dia apa yang dia gelisahkannya daripada urusan dunianya dan urusan akhirotnya……
[Syamsul-Ma'aarif Al-Kibroo, halaman 212]
Tidak ada komentar:
Posting Komentar