Laman

Minggu, 25 September 2011

KALIMAH-KALIMAH BACAAN HIZB SAIFI-6



 
keagungan dan kemuliaan (1-Cetakan Ke 3). Ya Allah sesungguhnya Engkau telah memerintah kami dengan seruan Mu dan Engkau telah janjikan kami dengan perkenan dari Mu dan kami telah menyeru Mu, seperti yang telah Engkau perintahkan lalu perkenankanlah seperti yang telah Engkau janjikan wahai (Tuhan) yang mempunyai keagungan dan kemuliaan, Sesungguhnya Engkau tidak pernah Mungkir Janji.(2-Cetakan Ke 3).
Ya Allah, apa yang telah Engkau takdirkan bagiku daripada kebaikan, dan apa yang telah aku syariatkan didalamnya dengan taufik dan kemudahan Mu, maka sempurnakanlah bagiku dengan sebaik-baik rupa semuanya, sebetul-betulnya, dan sesuci-sucinya, sesungguhnya Kamu amat berkuasa ke atas apa yang kamu kehendaki, amat layak untu memperkenankan sesuatu, sebaik-baik Tuan dan sebaik-baik Pembantu. Dan apa saja keburukan yang telah Engkau takdirkan ke atasku serta Kamu beri ingatan kepadaku daripadanya, maka jauhkanlah daripadaku, wahai Tuhan yang Maha Hidup dan Maha Berdiri, wahai yang menyempurnakan langit dan bumi melalui perintahnya, wahai yang menahan langit daripada 
jatuh ke atas bumi kecuali dengan izinNya, wahai yang apabila menghendaki sesuatu urusan, Dia akan berkata 'Jadi' maka jadilah ia. Maha suci Tuhan yang berada ditanganNya kerajaan setiap sesuatu dan kepadaNya dikembalikan sesuatu. Maha suci Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Mengalahkan, yang Maha Kuat, Maha Mulia, Maha Gagah, Maha Hidup, Maha Berdiri tanpa pembantu, tanpa penolong, dengan rahmat Mu aku meminta tolong, Wahai Tuhan perkenankanlah (terima) doa dan usaha ku ini, kepada Mu lah penyerahan ini. Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung (3 kali). Pujian-pujian bagi Allah di permulaan dan di akhiran, zahir dan batin, serta selawat dan salam ke atas penghulu kami Muhamad, dan ke atas keluarganya, sahabatnya yang mulia …….
dan suci, serta keselamatan yang banyak, mulia dan abadi  hingga ke hari kiamat, cukuplah Allah bagi kami dan sebaik-baik wakil. Maha Suci Tuhan mu, Tuhan yang Maha Mulia dengan sifat-sifatnya, serta selawat ke atas utusan-utusanNya (rasul) dan pujian-pujian ke atas Tuhan semesta alam. Selawat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya dalam setiap kelipan mata dan sorong tarik nafas makhluk sebanyak bilangan apa yang diliputi oleh ilmu Allah. Amin..............

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar