Assalamualaikum,
Saya lihat banyak orang yang keliru dan tidak dapat memahami berkenaan persoalan mazhab ini. Diantara persoalan yang dikemukakan seperti:
- #Mengapa mesti mengikut mazhab?
- #Mengapa perlu ada mazhab? Tak ikut mazhab tak boleh ke? Bolehkan ikut terus akan Al Quran dan As Sunnah?
- #Mengapa mesti ummat islam berpecah kerana Mazhab?
- #Bolehkan kita ikut mazhab syafi'i dalam satu hal dan ikut mazhab lain dalam hal yang lain? (talfiq)
Dan tidak kurang kenyataan-kenyataan yang tidak bertanggung jawab seperti dibawah ini :
- @Aku tak mau ikut mazhab, cukup bagi aku Al Quran dan As Sunnah
- @Mazhab engkorang salah, ikut mazhab yang aku ikut ni baru tepat
- @Jika ada pertentangan dalam mazhab, tinggalkan, rujuk balik Al Quran dan Hadith *pen. jangan salah paham
Mentalilty yang memandang mazhab sebagai sumber perpecahan dan kelemahan ummat islam perlu diperbetulkan. Dan tidak kurang juga mentality yang meletakkan pegangan mazhab yang lain sebagai salah dan tidak diterima (taksub mazhab).
Saya begitu tertarik dengan penulisan Syaikh Nuh Ha Mim Kellar dan Syaikh Abdal Hakim Murad (semoga ALLAH merahmati mereka) berkenaan perkara ini dan berniat untuk meringkaskan pendapat-pendapat mereka di ruangan ini untuk tatapan pembaca, InsyaAllah, semoga ALLAH permudahkan urusan ini.
Kepada sesiapa yang mampu membaca artikel Bahasa Inggeris dengan baik, bolehlah masuk ke laman web www.masud.co.uk.
Glosari
Beberapa perkataan yang perlu difahami (mungkin sesiapa boleh tolong perhalusi, jika salah tolong perbetulkan, InsyaAllah sama-sama dapat faedah)
- $Mujtahid - Merupakan orang yang diiktiraf yang mampu mengeluarkan hukum (istimbat) berdasarkan kaedah-kaedah syara' daripada Al-Quran dan Al Hadith
- $Muqallid Muttabi' - Seseorang yang mengetahui sesuatu hukum dan mengetahui daripada (dalil) mana hukum itu dikeluarkan, tetapi tidak mengetahui dengan lengkap bagaimana kaedah imam-imam mujtahid mengeluarkannya daripada Al Quran dan As Sunnah
- $Muqallid Mutlak- Seseorang yang mengikuti sesuatu hukum dan bersandar kepada pendapat imam-imam mujtahid
Pengakuan
Memandangkan saya ini masih belajar dan tidak pula fasih bahasa arab atau belajar secara formal di institusi-institusi berkenaan FIQH, maka jika ada berlaku kesalahan atau kesilapan atau kelemahan, saya pohon jasa baik tuan-tuan untuk menegur dan memperbetulkan pandangan saya. InsyaAllah, sama-sama dapat faedah. Tujuan saya hanyalah untuk memaparkan beberapa pendapat yang mudah diterima oleh masyarakat umum berkenaan dengan persoalan mazhab ini dan bukan sekali-kali untuk mengajar.
jawab:
-Daripada Artikel Syaikh Nuh Ha Mim Kellar, artikel asal boleh di baca di sini >> http://www.masud.co.uk/ISLAM/nuh/madhhab.htm<<-
Apa yang dimaksudkan dengan mazhab dan mengapa perlunya mengikutinya?
Perkataan mazhab berasal dari perkataan arab (zal-ha-ba) yang membawa maksud ‘untuk mengambilnya sebagai jalan’ dan istilah ini merujuk kepada pilihan untuk mengikuti imam-imam mujtahid yang mengeluarkan ijtihad daripada Al Quran dan Hadith dalam perkara-perkara tertentu. Secara umumnya, sesuatu mazhab itu mewakili aliran daripada imam mujtahid seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Shafi’i atau Imam Ahmad ibn Hanbal, serta ulama-ulama terkenal didalam aliran masing-masing, yang mentashihkan hasil kerja para imam mujtahid, menghalusi dan meningkatkan mutunya. Para imam mujtahid menjelaskan daripada Al Quran dan Sunnah berkenaan hukum-hukum syariah yang perlu diikuti dalam hidup kita dan dikenali sebagai FIQH. Dalam islam Fiqh merupakan antara ilmu yang perlu kita ada daripada 3 jenis ilmu yang diambil daripada Al Quran dan Sunnah.
Ilmu yang pertama adalah berkenaan dengan prinsip-prinsip asas keimanan, iaitu berkenaan ke-Esa-an ALLAH, malaikatnya, kitab-kitab, para rasul, kenabian Nabi Muhammad (s) dan sebagainya.
Ilmu yang kedua ialah prinsip moral atau etika yang boleh kita ambil dari Al Quran dan Hadith seperti berbuat kebajikan, menjauhi maksiat, bekerja sama dalam perkara-perkara kebajikan dan seterusnya. Setiap orang boleh mengambil prinsip-prinsip ini daripada Al Quran dan Hadith.
Ilmu yang ketiga adalah pemahaman yang khas mengenai suruhan dan tegahan yang membentuk shariah (perundangan islam). Memandangkan keadaan dan sejumlah Ayat-Ayat suci Al Quran dan hadith yang terlibat, wujud perbezaan dalam kemampuan ilmiah pada orang-orang islam untuk memahami dan mengeluarkan hukum daripada kedua-duanya. Namun begitu, sebagai umat islam kita telah diperintahkan untuk mengambil Al Quran dan Hadith sebagai panduan kehidupan kita, maka mereka yang mampu mengeluarkan hukum daripada kedua-duanya sendiri digelar sebagai Imam Mujtahid; manakala mereka yang tidak mampu disuruh bahkan diisyaratkan untuk mengikut para imam mujtahid , seperti dalam Surah An Nahl, Ayat 43
Terjemahannya :
“Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui. “
dan surah AnNisa’ ayat 83,
Terjemahannya :
“Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada - "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia ALLAH dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu)”.
bersambung ....................
Tidak ada komentar:
Posting Komentar